Tidak dapat dinafikan, sememangnya golongan usahawan mikro dan perniagaan kecil dan sederhana adalah antara golongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid – 19 di seluruh negara.
Dengan itu, kerajaan telah melancarkan satu program bantuan Geran Khas Prihatin ( GKP 3.0 ) bagi membantu dalam meringankan beban usahawan mikro dan perniagaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan penularan wabak tersebut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, perdana menteri Malaysia memaklumkan, menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1,000 menerusi GKP 3.0.
Geran Khas Prihatin 3.0 ( GKP 3.0 )
GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada PKS mikro yang terjejas akibat penularan wabak covid-19 yang berlaku di seluruh negara.
Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada PKS mikro bagi usaha kerajaan dalam meneruskan GKP 3.0
Berikut dikongsikan maklumat yang perlu anda ketahui berkaitan GKP 3.0 :
Kelayakan dan jumlah bantuan GKP 3.0
berikut adalah kelayakan dan jumlah jumlah bantuan GKP 3.0 :
individu yang pernah menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 : RM1,000 (One-Off)
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 : RM1,000 (One-Off)
Kategori yang layak sebagai memohon baru GKP 3.0
Penerima GKP 1.0 dan 2.0 adalah layak memohon GKP 3.0.
permohonan baru GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon bukan penerima GKP 1.0 & GKP 2.0
- warganegara Malaysia
- Pemohon yang memiliki dan menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti :
i. Jumlah jualan atau hasil perniagaan kurang daripada RM300,000
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak lebih daripada4 orang ( tidak termasuk pemilik )
- Berdaftar dengan agensi-agensi seperi :
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum/pada ( 28 februari 2021 )
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum/pada (28 Februari 2021)
- Aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Tarikh dan Cara permohonan
Permohonan bagi GKP 3.0 boleh dibuat pada 1 April 2021 dengan melayari pautan :
Maklumat lanjut
Sebarang persoalan berkaitan GKP 3.0, sila hubungi :
Hasil Care Line di talian 03-8911 1000
atau
603-8911 1100 (Luar Negara).