Cara Menyemak Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

Seperti yang telah diketahui, penularan wabak COVID-19 semakin tinggi di negara Malaysia. Ribuan kes baharu dicatatkan setiap hari daripada pelbagai negeri dalam Malaysia.

Turut tidak dapat dinafikan keadaan ini sekaligus membawa kerugian kepada ekonomi negara.

Kesan daripada penularan wabak COVID-19 ekonomi negara telah mengalami kejatuhan dan ramai rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19

Baru-baru ini Vaksin COVID-19 telah pun ditemui bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara Malaysia adalah satu program imunasi kebangsaan bagi melindungi penduduk di negara Malaysia daripada jangkitan wabak Covid-19.

Semak status temu janji vaksin COVID-19

Bagi pihak yang sudahpun mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19, kini boleh mula menyemak status temu janji vaksin Covid-19 mengikut langkah yang ditunjukkan pada *cara membuat semakan*

Bagi individu yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bolehlah mendaftar dengan segera melalui

Cara Membuat Semakan

bagi membuat semakan, individu yang telah mendaftar boleh mula menyemak semakan temu janji pemberian COVID-19 mengikut langkah berikut :

  1. Layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.
  2. Isikan no. kad pengenalan dan no. telefon dan log masuk.
  3. Butiran temu janji anda akan dipaparkan.

Pengesahan Temu Janji

selepas menyemak status temu janji, anda perlu mengesahkan temu janji anda dalam tempoh 48 jam.

Berikut adalah cara mengesahkan temujanji :

  1. baca dan semak temu janji yang dipaparkan melalui notifikasi SMS yang anda terima melalui telefon bimbit anda dan sahkan “ya” atau “tidak” kepada temu janji anda

Fasa pemberian vaksin

Vaksin COVID-19 akan diberikan mengikut 3 fasa :

FASA     FASA 1 ( Februari – April 2021 )     FASA 2 ( April- ogos 2021 )    FASA 3 ( Mei 2021 – Februari 2022)
Jumlah  Penerima  ( ORANG )         500,000       9.4 JUTA       13.7 JUTA
Sasaran Penerima   Barisan hadapan ( petugas kesihatan,pegawai keselamatan,perkhidmatan, dan pertahanan )  Barisan hadapan yang belum divaksin, warga emas 60 tahun dan keatas, golongan yang mempunyai penyakit kronik dan berisiko tinggi  Individu yang berumur 18 tahun ke atas sama ada warganegara atau bukan warganegara

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web :

http://covid-19.moh.gov.my/

atau

hubungi :

1 800-888-828

Leave a Comment