Pemerkasa : Program Perantisan PERKESO Dengan Insentif RM800 Untuk Perantis Baru

jom kongsikan :

Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) diadakan bagi membantu belia yang belum mempunyai pekerjaan.

Setelah mengambil kira maklum balas, Program Perantisan PERKESO telah ditambah baik daripada program yang sebelumnya iaitu program di bawah PenjanaKerjaya 2.0.

Tempoh latihan yang lebih lama akan menambahkan lagi kemahiran dan pengetahuan seseorang individu oleh itu, program perantisan PERKESO di bawah Pemerkasa telah di tambah baik bagi tempoh 6 bulan.

Program perantisan PERKESO

Untuk pengetahuan anda, Program Perantisan merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-jobtraining bagi meningkatkan keboleh pasaran mereka.

bagi memudahkan anda, berikut kami kongsikan maklumat penting berkaitan program perantisan PERKESO :

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan program ini adalah :

  • Majikan yang mempunyai pekerja dan memberi gaji kepada seseorang graduan atau lepasan sekolah. ( 18 – 30 tahun )
  • Calon yang di beri gaji hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah dan graduan yang masih menganggur serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
  • Majikan boleh mengambil pekerja dan memberi gaji daripada mana – mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saraan.

Kategori yang tidak layak Memohon

Katgeori yang tidak layak bagi memohon program ini adalah:

  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia

Insentif dan tarikh permohonan

berikut adalah maklumat berkaitan insentif dan tarikh permohonan :

  Program berserta tempoh  Program
PenjanaKerjaya 2.0 ( 3 bulan )
  Program Perantisan PERKESO Pemerkasa ( Permohonan Baru )
( 6 bulan )
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa ( tempoh tambahan daripada Perantisan Asal ) ( 3 bulan + 3 bulan tambahan)
  Jumlah insentif    RM1,000    RM800RM1,000 ( awal 3 bulan pertama)

RM600 (3 bulan lanjutan)
  Tarikh Permohonan    –    1 April 2021    15 April 2021

Cara memohon

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan berkaitanProgram Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO

No. telefon:  1-300-22-8000

alamat email:  perkeso@perkeso.gov.my.

jom kongsikan :

Leave a Comment