Seperti yang kita sedia maklum penularan wabak Covid-19 di Malaysia kini semakin serius dan membimbangkan.
Apa tidaknya, penularan wabak ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat tapi turut memberi kesan kepada pendapatan rakyat serta ekonomi negara.
Tahukah anda, para peniaga juga seperti usahawan mikro turut terjejas dengan penularan wabak ini sehingga mengalami kerugian yang teruk.
Dengan itu, Skim Pembiayaan Informal SPIN 2.0 akan dilaksanakan bagi membantu meringankan beban para peniaga yang terjejas akibat pandemik ini.
Baru-baru ini Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi (MEDAC), iaitu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah berkata bahawa skim tersebut telah diperkenalkan melalui peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH).
Berikut dikongsikan maklumat berkenaan skim pembiayaan informal (SPIN) 2.0.
Apa itu Skim Pembiayaan Informal SPIN 2.0?
Untuk pengetahuan anda, Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 merupakan pembiayaan bagi usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Skim Pembiayaan Informal ini juga adalah bagi usahawan yang telah berdaftar tapi tempoh pendaftaran adalah kurang daripada setahun.
Secara dasarnya Skim Pembiayaan ini adalah bagi membantu usahawan untuk memulihkan serta memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan yang telah terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Skim ini telah pun diperkenalkan melalui peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Nilai Pembiayaan
Berikut adalah nilai pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 :
Kategori | Nilai Pembiayaan |
Usahawan yang tidak mempunyai lesen atau permit perniagaan daripada PBT atau SSM. | RM1,000 sehingga RM5,000 |
Usahawan yang mempunyai lesen ataupun permit perniagaan yang sah dan yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan. | RM1,000 sehingga RM10,000 |
Jenis Perniagaan
Berikut adalah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Skim Pembiayaan Informal SPIN 2.0 :
- Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
- Penjaja kecil.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan bergerak.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan online.
- Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan utama yang diperlukan untuk melayakkan anda memohon Skim Pembiayaan Informal ini.
- Pemohon merupakan bumiputera atau india dan merupakan warganegara Malaysia yang sah.
- Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
- Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
- Pemohon hendaklah mempunyai pengesahan menjalankan perniagaan yang sah.
- Pemohon hendaklah mempunyai permit daripada pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan (SSM) yang tempoh pendaftarannya kurang daripada setahun.
- Pemohon mempunyai lokasi perniagaan yang khusus ataupun bergerak.
- Pemohon hendaklah bebas daripada tindakan kebankrapan.
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan hendaklah patuh kepada syariah yang telah ditetapkan.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan anda boleh terus berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan anda.
Anda juga boleh melayari pautan berikut untuk memohon :
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut anda boleh malayari pautan berikut: