Permohonan Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro : CBRM 2.0

Penularan wabak Covid-19 yang sangat serius di Malaysia telah menyebabkan ramai pihak yang terkesan sehingga hilang punca pendapatan.

Terutamanya kepada para peniaga dan usahawan yang tidak dapat meneruskan perniagaan mereka kerana terjejas akibat penularan wabak ini.

Tidak kisahlah sama ada usahawan baru ataupun usahawan TEKUN sedia ada, ramai antara mereka yang telah hilang punca pendapatan akibat tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaan.

Sedar dengan keadaan tersebut, satu lagi inisiatif yang akan dilaksanakan iaitu CBRM 2.0 pembiayaan pemulihan perniagaan mikro.

Inisiatif ini adalah bagi membantu para peniaga dan usahawan yang terjejas untuk memulihkan semula perniagaan milik mereka untuk terus beroperasi seperti sedia kala.

Apa itu CBRM 2.0?

CBRM 2.0  atau Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu para peniaga dan usahawan di luar sana yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Pembiayaan ini adalah bagi usahawan TEKUN sedia ada ataupun usahawan baru yang menjalankan aktiviti perniagaan non-essential, aktiviti sosial dan juga rangkalan bagi memulihkan perniagaan seperti sedia kala.

Pembiayaan ini di harapkan sedikit sebanyak dapat membantu usahawan di luar sana untuk kembali bersemangat untuk meneruskan perniagaan mereka.

Jumlah Pembiayaan

Bagi pembiayaan yang ditawarkan oleh skim pembiayaan pemulihan perniagaan Mikro 2.0 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Pembiayaan
  Usahawan baru  RM1,000 sehingga Rm 10,000
  Usahawan Tekun sedia ada  RM1,000 sehingga RM20,000

Sektor perniagaan yang layak memohon

Berikut adalah sektor-sektor perniagaan yang layak untuk memohon skim pembiayaan pemulihan perniagaan Mikro 2.0 :

  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Pembuatan
  • Kontraktor kecil
  • Perniagaan atas talian
  • Pertanian
  • Perusahaan atas tani

Syarat kelayakan

Untuk memohon skim pembiayaan ini anda hendaklah menepati syarat kelayakan yang berikut :

  1. Pemohon hendaklah merupakan Bumiputera atau India dan merupakan warganegara Malaysia yang sah.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai lesen atau permit perniagaan yang sah.
  4. Masih terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  5. Mempunyai tempat perniagaan yang tetap atau perniagaan secara bergerak.
  6. Tidak mempunyai sebarang tindakan undang-undang.
  7. Baki pembiayaan yang sedia ada bagi pemohon adalah tidak melebihi RM100,000.
  8. Aktiviti perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.

Cara memohon

Jika anda merupakan usahawan yang berminat dengan pembiayaan ini dan menepati syarat kelayakan anda boleh memohon dengan menghubungi pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran anda.

Atau mohon secara online pada pautan berikut :

https://tekunfin.tekun.gov.my

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut anda boleh melayari portal rasmi TEKUN Nasional pada pautan https://www.tekun.gov.my/ms/.

Leave a Comment