Skim Go Digital : Pembiayaan Digitalisasi Sehingga RM5,000

Seiring dengan dunia teknologi yang semakin maju, pelbagai urusan seperti urus niaga dilakukan di atas talian kerana lebih mudah untuk berinteraksi antara penjual dan pembeli.

Tidak dapat dinafikan perniagaan digital sememangnya mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan yang tersendiri dalam memajukan sesuatu perniagaan tersebut.

Di tambah pula dengan keadaan pandemik yang telah melanda negara menyebabkan semakin susah untuk berurus niaga kerana risau dengan penularan wabak Covid-19 yang berbahaya.

Dengan itu, Skim Go Digital telah diumumkan menerusi belanjawan negeri Selangor 2021 menerusi inisiatif Selangor E-Pembekalan Peruncit Mikro.

Skim Go Digital ini telah diumumkan bagi menggalakkan perniagaan ke arah digitalisasi terutamanya bagi usahawan kecil dan mikro Negeri Selangor.

Bagi memudahkan anda, berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Skim Go Digital.

Apa itu Skim Go Digital?

Tahukah anda, Skim Go Digital sebenarnya adalah salah satu inisiatif kerajaan Selangor bagi menggalakkan peniaga dan usahawan kecil dan mikro untuk mengembangkan perniagaan kearah digitalisasi.

Ini bagi membantu meluaskan lagi serta memudahkan segala proses pemasaran dan meluaskan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi agar lebih ramai orang yang lebih mengenali perniagaan tersebut.

Hal ini kerana kesedaran mengenai penggunaan digitalisasi yang semakin maju di negara kita yang dapat memberi peluang untuk peniaga di luar sana untuk memperkenalkan perniagaan mereka secara meluas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sendiri berkata bahawa inisiatif ini adalah bagi menggalakkan uasahawan melakukan pendigitalan perniagaan melalui pinjaman perniagaan Skim Go Digital.

Pakej yang terkandung dalam Skim Go Digital

Berikut adalah kandungan dalam pakej bagi Skim Go Digital:  

Kandungan Pakej:

  1. Sistem dan peralatan
  2. Pemasaran
  3. Latihan
  4. Pemantauan
  5. Perkhidmatan Jalur Lebar

Syarat Kelayakan Skim Go Digital

Untuk memohon Skim Go Digital ini anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang berikut :

  1. Merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  3. Merupakan rakyat Negeri Selangor.
  4. Bermastautin dan menetap (tidak kurang dari 5 tahun) dan turut mengundi di Negeri Selangor.
  5. Pemohon mempunyai premis sendiri.
  6. Mempunyai SSM atau lesen PBT atau Geran Tanah atau kad nelayan atau permit perniagaan atau pengesahan dari mana-mana agensi berkaitan.

Syarat Kelayakan meminjam

Berikut adalah syarat pinjaman bagi Skim Go Digital :

  1. Had pembiayaan bagi pinjaman adalah minima RM1,000 dan had maksima adalah sehingga RM5,000.
  2. Tempoh pembiayaan pinjaman adalah selama 25 minggu. ( 6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).
  3. Caj perkhidmatan pinjaman adalah sebanyak 4% – 8%.
  4. Tiada simpanan wajib dikenakan.
  5. Boleh menjadi pinjaman kedua bagi peminjam hijrah Selangor.

Cara Permohonan

Terdapat dua cara untuk memohon Skim Go Digital seperti berikut:

  • Melalui telefon

Anda boleh menghubungi talian 03-5519 1692.

  • Melalui pautan

Layari pautan :  https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6

Kemudian isikan maklumat anda selengkapnya.

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai Skim Go Digital anda boleh melayari :

atau hubungi,

Talian :  03-5519 1692

Leave a Comment