Dari segi syaraknya, zakat membawa maksud iaitu mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
Tahukah anda zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Dalam Islam, meninggalkan perkara yang diwajibkan adalah berdosa besar dan diwajibkan untuk bertaubat. Oleh itu, adalah berdosa besar kepada umat Islam jika tidak mengeluarkan zakat kerana zakat adalah perkara wajib dan merupakan antara rukun Islam yang hendaklah ditunaikan.
Hikmah disebalik zakat
Terdapat banyak fadhilat serta kebaikan zakat dan Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah :
- Dapat membersih dan mensucikan hati.
- Dapat mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.
- Mengurangkan perasaan dengki dan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Memberi peluang kepada golongan yang berkemampuan untuk beribadat dengan mengeluarkan zakat daripada harta mereka .
- Dapat memberi masyarakat cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Bagi mewujudkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa umat Islam yang membayar zakat.
Syarat Wajib Zakat
Umat islam yang wajib mengeluarkan zakat ialah merupakan :
- Islam
- Merdeka
- Sempurna milik
- Cukup nisab (sandaran harga 85 gram emas )
- Cukup haul ( genap setahun )
Waktu mengeluarkan zakat
1. Harus – adalah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Wajib – adalah selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – adalah selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Makruh – adalah selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Haram – adalah selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah
1. Jenis zakat yang dikeluarkan adalah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri.
2. Kadar yang dikeluarkan adalah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.
Kadar bayaran Zakat Fitrah 2021 mengikut negeri :
Negeri | Kadar Bayaran |
Perlis | RM7.00 |
Kedah | RM7.00/RM14.00/RM21.00 |
Pulau Pinang | RM7.00/RM12.00 /RM16.00 |
Perak | RM7.00/RM14.00/RM21.00 |
Selangor | RM7.00/RM14.00/RM21.00 |
Negeri Sembilan | RM7.00 |
Melaka | RM7.00/RM14.00 |
Johor | RM7.00/RM10.00 |
Pahang | RM7.00 |
Terengganu | RM7.00 |
Kelantan | RM7.00/RM14.00/RM21.00 |
Sarawak | RM7.00 |
Sabah | RM6.00/RM7.50 |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | RM5.00/ RM7.00 / RM14.00 |
Cara Bayaran Online
Untuk pembayaran Zakat Fitrah 2021 terkini boleh dibuat melalui atas talian, orang ramai boleh membayar mengikut Majlis Agama Islam atau Pusat Zakat setiap negeri seperti berikut:
i) Perlis
- Layari laman web https://www.maips.gov.my/.
ii) Kedah
- Layari laman web https://jom.zakatkedah.com.my/.
iii) Pulau Pinang
- Layari laman web https://zakatpenang2u.com/.
iv) Perak
- Layari laman web https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/.
v) Selangor
- Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/.
vi) Negeri Sembilan
- Layari laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/.
vii) Melaka
- Layari laman web https://www.izakat.com/
viii) Johor
- Layari laman web https://epayment.maij.gov.my/.
ix) Pahang
- Layari laman web https://ezakat.muip.gov.my/.
x) Terengganu
- Layari laman web https://ezakat.maidam.gov.my/online/.
xi) Kelantan
- Layari laman web https://www.e-maik.my/.
xii) Sarawak
- Layari laman web https://pelanggan.tbs.org.my/.
xiii) Sabah
- Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/.
xiv) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
- Layari laman web http://fitrah.zakat.com.my/.
Maklumat Lanjut
bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada pusat zakat negeri yang berdekatan.