Perkara Asas Dalam Penjagaan Kereta Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang dapat dilihat, segelintir masyarakat pada masa kini hanya tahu membeli dan menggunakan kereta yang mereka miliki dan berasa tiada komitmen lain yang perlu diperhatikan.

Tapi adakah anda tahu keselamatan anda semasa menggunakan kereta bergantung dengan cara anda menjaga kereta anda? Jelas sekali, kereta adalah sebuah hasil dari teknologi yang memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan bahaya kepada anda.

Masih keliru bagaimana anda boleh memastikan kereta anda dalam penjagaan yang baik? Berikut kami kongsikan perkara asas yang penting untuk anda tahu dalam penjagaan kereta.

Periksa kereta anda sebelum memulakan perjalanan

Perkara asas yang ramai terlepas pandang, nampak remeh tapi mampu menentukan keselamatan anda di jalan raya! Jadi, apa yang perlu anda periksa sebelum memulakan suatu perjalanan?

Sebelum memulakan suatu perjalanan anda perlulah memeriksa terlebih dahulu radiator dan cecair penyejukan air, Dengan memastikan cecair dalam radio cap sentiasa penuh manakala cecair dalam tangki tambahan pula pastikan ianya berada pada paras maksimum.

Seterusnya adalah tayar, ini adalah antara komponen terpenting pada kereta,pastikan tayar anda berada dalam keadaan baik.

Jangan lupa sediakan tayar simpanan! Sudah tentu anda tidak mahu membuang masa yang lama di jalan jika berlaku perkara yang tidak anda jangka pada tayar kereta anda.

Bersihkan kereta anda dengan kerap

Ramai yang mengambil ringan mengenai kebersihan kereta  walhal kebersihan kereta juga boleh membawa impak yang besar terhadap keselamatan anda.

Ada yang mengira kebersihan kereta hanyalah untuk membuatkan kereta kelihatan cantik sahaja,oleh itu terdapat segelintir yang membersihkan kereta sekali sekala sahaja.

Silap besar bagi mereka yang bertanggapan sedemikian, kerana kebersihan kereta adalah faktor penting yang mempengaruhi keselematan anda.

Bagaimana kebersihan kereta boleh mempengaruhi keselamatan kita? Tanpa anda sedar keadaan kereta anda yang berdebu menyebabkan pelbagai kuman yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Apabila kesihatan anda terjejas maka fokus anda dalam memandu juga akan terjejas dan besar kemungkinan boleh menyebabkan kemalangan.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk membersihkan kereta anda walaupun sekejap, seperti memvacuum,menghilangkan debu dan menggunakan spray yang boleh membunuh kuman.

Anda rasa anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan kereta anda? Jangan risau, hantar sahaja kereta anda kepada servis pembersiihan kereta.

Hantar kereta anda kepada pakar untuk penyelenggaraan

Menghantar kereta anda untuk penyelenggaraan adalah perkara utama yang penting perlu anda lakukan. Tujuan penyelenggaraan adalah bagi memastikan setiap komponen kereta anda berfungsi dengan baik dan tiada yang rosak.

Secara umumunya, penyelenggaraan kereta terbahagi kepada tiga iaitu ‘preventive maintainance’ penyelenggaraan ini dilakukan bagi memastikan sebuah mesin berada dalam keadaan yang baik sebelum berlaku kerosakan.

Seterusnya, “periodic maintenance” penyelenggaraan ini dilakukan secara berkala dan memastikan sebuah mesin berfungsi dengan baik sebelum berlaku kerosakan.

Akhir sekali, “corrective maintenance” penyelenggaraan ini pula dilakukan untuk memperbaiki kerosakan pada sebuah mesin.

Penyelenggaraan kereta yang konsisten dan mengikut masa akan mengelakkan kereta anda daripada mengalami kerosakan yang teruk dan jangka hayat kereta anda akan bertambah.

Kesimpulannya, penjagaan kereta yang baik adalah baik untuk keselamatan anda semasa memandu, oleh itu jadilah pengguna yang bijak dengan mengaplikasikan langkah diatas dalam penjagaan kereta anda.