Pinjaman Peribadi Bank Islam

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej (Kadar Tetap) atau Bank Islam Personal Financing-I Package (Fixed Rate) adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad . Pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang tak bercagar atau tanpa penjamin.

Selain itu, pembiayaan peribadi ini ditawarkan kepada kakitangan yang bekerja dalam Sektor Awam dan Sektor Swasta daripada syarikat yang terpilih dengan jumlah pembiayaan yang menarik iaitu daripada RM10,000 hingga RM300,000 dan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun atau 120 bulan.

Maklumat Pembiayaan

Umur21 tahun hingga 60 tahun
GajiRM 2,000 sebulan
Jumlah PembiayaanRM10,000 – RM300,000
Kadar Faedah4.99% (dengan perlindungan Takaful)
5.99% (tanpa perlindungan Takaful)
Tempoh Pembiayaan1 tahun – 7 tahun
CagaranTanpa Penjamin
StatusWarganegara Malaysia

Kelebihan Yang Ada Pada Pakej Pembiayaan Peribadi-I Bank Islam

  1. Jumlah pembiayaan maksimum adalah sehingga RM300,000 untuk tempoh 10 tahun.
  2. Kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 4.99% – 5.99%.
  3. Pembiayaan peribadi Islamik yang ditawarkan ini adalah mengamalkan konsep Tawarruq serta komoditi Murabahah yang 100% patuh Syariah.
  4. Kelulusan permohonan yang cepat.
  5. Pemohon tidak perlu menyediakan penjamin ataupun cagaran.

Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan

  1. Pemohon hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
  2. Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
  3. Pemohon hendaklah merupakan kakitangan yang bekerja dalam Sektor Awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan Sektor Swasta (Syarikat Sendirian Berhad yang terpilih dalam Pakej Bank Islam).

Yuran dan Pembayaran Pembiayaan

  1. Yuran pemprosesan: Tidak dikenakan kepada peminjam
  2. Caj duti setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
  3. Wakalah/Yuran agensi: RM50.00
  4. Bayaran Pendahuluan: 2 bulan ansuran bulanan
  5. Caj Penamatan Awal: Tidak dikenakan kepada peminjam
  6. Caj Kelewatan pembayaran: Bayaran 1% daripada jumlah tunggakan akan dikenakan

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Pembiayaan

  1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
  2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
  3. Penyata Bank 3 Bulan Terkini (Pengkreditan Gaji)
  4. Surat Pengesahan Jawatan daripada Majikan (Terkini)
  5. Salinan ID Staf (Untuk Pakej Majikan Terpilih Sahaja)
  6. Salah satu (1) daripada dokumen berikut:
  7. Salinan Cukai Pendapatan Terkini (Borang B atau Borang EA/EC)
  8. Salinan Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Terkini (KWSP/EPF)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan Pinjaman Bank islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej (Kadar Tetap)

Jenis Pekerjaan:
Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pelanggan adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.

Tempoh Bekerja:
Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pelanggan. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.

Salah Pilih Bank:
Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar. Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pelanggan hendaklah peka akan perkara ini sebelum membuat sebarang permohonan.

Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pelanggan mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat sebarang permohonan pembiayaan dengan Bank Islam Malaysia Berhad, pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS adalah bersih terlebih dahulu.

Skor dan rekod Kredit:
Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pelanggan terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana seseorang pelanggan itu menguruskan kewangannya. Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit. Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pelanggan. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.

Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan seseorang pelanggan. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain.  Kesemua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pelanggan. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.

Dokumen Tidak Lengkap:
Dokumen pelanggan merupakan perkara paling penting  semasa proses permohonan pembiayaan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pelanggan adalah kukuh ataupun tidak.Pelanggan atau pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.

Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank. Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon.

Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja. Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pelanggan hendaklah mengambil perhatian dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Kerap Memohon:
Jangan terkejut sekiranya pihak Bank tidak meluluskan pinjaman seseorang pelanggan sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam jangka masa yang berdekatan. Lazminya, seseorang pelanggan hanya boleh memohon tiga permohonan sahaja dalam tempoh 12 bulan.

Dalam masa yang sama, skor kredit juga akan terjejas sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam satu-satu masa. Sebaik-baiknya, setiap permohonan baharu perlulah dibuat selepas tempoh 6 bulan daripada permohonan sebelumnya.

Soalan Lazim Mengenai Pinjaman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej

Apakah Kaedah bayaran balik ansuran pembiayaan ini?

Kaedah bayaran balik yang boleh digunakan adalah Potongan Gaji Majikan (PGM), Auto Debit/Direct Debit, ataupun melalui kaedah Arahan Tetap (Standing Instruction).

Berapa lama masa yang diambil untuk sesuatu permohonan diluluskan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad?

Keputusan permohonan lazimnya akan diketahui dalam masa lima (5) hari bekerja selepas permohonan berjaya diterima, dan jangkamasa untuk kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

Berapa lama masa yang diambil untuk pembiayaan dikreditkan ke dalam akaun pemohon?

Pembiayaan yang lulus lazimnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam hingga 48 jam hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun pemohon.

Bolehkan seseorang pelanggan memohon pembiayaan ini sekiranya baru sahaja lulus pinjaman daripada institusi kewangan yang lain?

Pelanggan dinasihatkan untuk menunggu tempoh bertenang iaitu antara empat (4) hingga enam (6) bulan sebelum membuat permohonan baru, dan dalam tempoh 12 bulan pelanggan dinasihatkan untuk memohon hanya 3 akaun kredit sahaja untuk menjaga skor kredit.

Bolehkah pelanggan membuat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pembiayaan peribadi ini?

Haraf maaf. Pelanggan tidak dibenarkan untuk membuat penyatuan hutang dengan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej (kadar tetap).

Bagaimana pemohon mengetahui permohonan lulus atau tidak?

Keputusan permohonan pinjaman sama ada lulus ataupun tidak akan dimaklumkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad sama ada melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), E-mel ataupun melalui panggilan telefon. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank sekiranya keputusan permohonan masih belum diketahui selepas 14 hari daripada tarikh permohonan pembiayaan dibuat.

Bolehkah pelanggan memohon jika sedang di bawah seliaan Program Pengurusan Kredit (AKPK)?

Haraf maaf. Pelanggan yang sedang mengikuti Program di bawah seliaan AKPK tidak layak untuk memohon pembiayaan peribadi ini.

Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS/Blaklist CTOS, bolehkah pelanggan memohon pinjaman ini?

Haraf maaf. Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS dan disenaraihitam CTOS, maka pelanggan tidak layak untuk memohon. Namun, sekiranya laporan CTOS tersebut bukan daripada institusi kewangan, pelanggan boleh mencuba untuk memohon pinjaman ini.

Bolehkah peminjam membuat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) khas untuk pinjaman ini?

Terdapat banyak faktor yang akan diambil kira sebelum pihak Bank membenarkan pinjaman bertindih. Oleh itu, pelanggan dinasihati untuk berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad dan panduan cara permohonan untuk pinjaman bertindih.

Leave a Comment