Pinjaman peribadi Kuwait Finance

Kuwait Financing House Murabahah Personal Financing-i adalah pakej pinjaman peribadi Islamik yang disediakan oleh Kuwait Finance House Malaysia. Pinjaman yang tidak bercagar ini mengamalkan konsep komoditi yang 100% patuh Syariah.

Pembiayaan peribadi ini ditawarkan khusus kepada pekerja sektor swasta, sektor awam (GLC), kakitangan Multinasional Corporation (MNC), dan Public Limited Company (PLC) dengan jumlah pembiayaan maksimum RM150,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 8 tahun.

Umur21 Tahun hingga 60 Tahun
GajiRM 3,000 Sebulan
Jumlah PembiayaanRM 5,000 – RM 150,000
Kadar Faedah6.00% Setahun
Tempoh Pembiayaan2 tahun hingga 8 Tahun
CagaranTanpa Penjamin
StatusWarganegara Malaysia

Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan

  1. Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia dan berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun.
  2. Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
  3. Pemohon hendaklah merupakan kakitangan tetap dalam Syarikat Multinasional (MNC), Public Limited Company (PLC), dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Yuran dan Pembayaran Pembiayaan

  • Yuran Pemprosesan: Tiada
  • Bayaran Broker: Berkadar mengikut jumlah pembiayaan.
  • Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan.
  • Yuran Penyelesaian Awal: Tidak dikenakan.
  • Caj Bayaran Lewat: 1% daripada jumlah bayaran tertunggak

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Pembiayaan

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
  3. Salinan Penyata KWSP/EPF (Terkini)
  4. Surat Pengesahan Pekerjaan dari majikan semasa (Jika ada)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan Pinjaman KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi

  1. Jenis Pekerjaan:
    Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pelanggan adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.
  • Tempoh Bekerja:
    Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pelanggan. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.
  • Salah Pilih Bank:
    Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar. Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pelanggan hendaklah peka akan perkara ini sebelum membuat sebarang permohonan
  • Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
    Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pelanggan mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat sebarang permohonan pembiayaan dengan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS adalah bersih terlebih dahulu.
  • Skor dan rekod Kredit:
    Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pelanggan terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana seseorang pelanggan itu menguruskan kewangannya.

    Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit. Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pelanggan. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.
  • Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
    Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan seseorang pelanggan. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain.  Kesemua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pelanggan. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.
  • Dokumen Tidak Lengkap:
    Dokumen pelanggan merupakan perkara paling penting  semasa proses permohonan pembiayaan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pelanggan adalah kukuh ataupun tidak.Pelanggan atau pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.
  • Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
    Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank. Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon.

    Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja. Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pelanggan hendaklah mengambil perhatian dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
  • Kerap Memohon:
    Jangan terkejut sekiranya pihak Bank tidak meluluskan pinjaman seseorang pelanggan sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam jangka masa yang berdekatan.

    Lazminya, seseorang pelanggan hanya boleh memohon tiga permohonan sahaja dalam tempoh 12 bulan. Dalam masa yang sama, skor kredit juga akan terjejas sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam satu-satu masa. Sebaik-baiknya, setiap permohonan baharu perlulah dibuat selepas tempoh 6 bulan daripada permohonan sebelumnya.

Soalan Lazim Mengenai Pinjaman KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi

  1. Apakah kaedah bayaran balik ansuran pembiayaan ini?

    Kaedah bayaran balik yang boleh digunakan adalah melalui kaedah Arahan Tetap (Standing Instruction), Auto Debit atau Direct Debit.

  2. Berapa lama masa yang diambil untuk sesuatu permohonan diluluskan oleh pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad?

    Keputusan permohonan lazimnya akan diketahui dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas permohonan berjaya diterima, dan jangkamasa untuk kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.
  1. Berapa lama masa yang diambil untuk pembiayaan dikreditkan ke dalam akaun pemohon?

    Pembiayaan yang lulus lazimnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam hingga 48 jam hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun pemohon.
  1. Bolehkan seseorang pelanggan memohon pembiayaan ini sekiranya baru sahaja lulus pinjaman daripada institusi kewangan yang lain?

    Pelanggan dinasihatkan untuk menunggu tempoh bertenang iaitu antara empat (4) hingga enam (6) bulan sebelum membuat permohonan baru, dan dalam tempoh 12 bulan pelanggan dinasihatkan untuk memohon hanya 3 akaun kredit sahaja untuk menjaga skor kredit.

  2. Bolehkah pelanggan membuat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pembiayaan peribadi ini?

    Haraf maaf. Pelanggan tidak dibenarkan untuk membuat penyatuan hutang dengan Pinjaman KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi.
  1. Bagaimana pemohon mengetahui permohonan lulus atau tidak?

    Keputusan permohonan pinjaman sama ada lulus ataupun tidak akan dimaklumkan oleh pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad sama ada melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), E-mel ataupun melalui panggilan telefon. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank sekiranya keputusan permohonan masih belum diketahui selepas 14 hari daripada tarikh permohonan pembiayaan dibuat.
  1. Bolehkah pelanggan memohon jika sedang di bawah seliaan Program Pengurusan Kredit (AKPK)?

    Haraf maaf. Pelanggan yang sedang mengikuti Program di bawah seliaan AKPK tidak layak untuk memohon pembiayaan peribadi ini.
  1. Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS/Blaklist CTOS, bolehkah pelanggan memohon pinjaman ini?

    Haraf maaf. Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS dan disenaraihitam CTOS, maka pelanggan tidak layak untuk memohon. Namun, sekiranya laporan CTOS tersebut bukan daripada institusi kewangan, pelanggan boleh mencuba untuk memohon pinjaman ini.
  1. Bolehkah peminjam membuat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) khas untuk pinjaman ini?

    Terdapat banyak faktor yang akan diambil kira sebelum pihak Bank membenarkan pinjaman bertindih. Oleh itu, pelanggan dinasihati untuk berhubung terus dengan pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dan panduan cara permohonan untuk pinjaman bertindih.

Leave a Comment