Pinjaman Peribadi Alliance Bank

Pembiayaan-i CashVantage Alliance Bank atau Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i adalah pelan pinjaman yang ditawarkan oleh Alliance Islamic Bank Berhad. Pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Alliance Bank ini adalah pinjaman Islamik yang menawarkan kadar keuntungan terendah tanpa penjamin atau cagaran.

Selain itu, pembiayaan peribadi ini juga ditawarkan kepada kakitangan yang bekerja dalam Sektor Awam, Sektor Swasta, bekerja sendiri atau berniaga, serta golongan pesara awam dan juga pesara swasta.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM150,000 dan tempoh pembiayaan bermula dari 1 tahun (12 bulan) hingga 7 tahun (84 bulan).

Maklumat Pembiayaan

Umur21 tahun hingga 60 tahun
GajiRM3,000
Jumlah PembiayaanRM5,000 – RM150,000
Kadar Faedah8.38%
Tempoh Pembiayaan1 tahun – 7 tahun
CagaranTanpa Penjamin
StatusWarganegara Malaysia

Kelebihan Yang Ada Pada Pakej Pembiayaan-i CashVantage Alliance Bank

<ol class="

  • Jumlah pembiayaan maksimum adalah sehingga RM150,000 untuk tempoh 7 tahun.
  • Kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 8.38%.
  • Pembiayaan peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Alliance Bank ini mengamalkan konsep Tawarruq yang berlandaskan konsep Syariah sepenuhnya.
  • Pembiayaan peribadi Islamik tanpa cagaran.
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan dan tiada caj pemprosesan.
  • Kelulusan permohonan yang cepat.

  • Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan

    1. Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun hingga 60 tahun dan bekerja di Malaysia.
    2. Pemohon yang berstatus warganegara dan bekerja di Singapura, tetapi menetap di Malaysia akan dipertimbangkan.
    3. Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.
    4. Pemohon hendaklah merupakan kakitangan yang bekerja dalam Sektor Awam (status tetap), Sektor Swasta, bekerja sendiri, serta golongan pesara awam dan swasta.
    5. Pemohon yang bekerja dalam sektor swasta hendaklah telah bekerja melebihi 6 bulan dengan majikan yang sama dan mempunyai caruman KWSP.
    6. Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga, tempoh perniagaan haruslah telah melebihi 1 tahun, mempunyai akaun bank, serta perniagaan telahpun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


    Yuran dan Pembayaran Pembiayaan

    • Yuran pemprosesan: Tidak dikenakan kepada peminjam
    • Caj duti setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
    • Caj Penamatan Awal: Tidak dikenakan kepada peminjam
    • Caj Kelewatan pembayaran: Bayaran 1% daripada jumlah tunggakan akan dikenakan


    Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Pembiayaan

    Untuk Pekerja Kerajaan

    1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
    2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
    3. Salinan Penyata Bank 3 Bulan (Terkini)

    Untuk Pekerja Swasta

    1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
    2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
    3. Salinan Penyata Bank 3 Bulan (Terkini)
    4. Salinan caruman KWSP/EPF 6 Bulan (Terkini); atau Salinan Borang BE (Terkini) berserta Resit Pembayaran Cukai.
    5. Salinan Penyata Komisen 6 Bulan (Terkini) bagi penerima komisen

    Untuk Pendapatan Melalui Komisen

    1. Salinan Kad Pengenalan ( Depan & Belakang )
    2. Salinan Penyata Akaun Bank 6 Bulan ( Terkini )
    3. Penyata Komisen 6 Bulan Terkini
    4. Borang EA
    5. Borang B terkini berserta slip pembayaran / resit yang disahkan daripada LHDN

    Untuk Yang Bekerja Sendiri/Berniaga

    1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang
    2. Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat 6 Bulan (Terkini)
    3. Borang BE/E dan disertakan Resit Pembayaran Cukai.
    4. Borang ROC/ROB iaitu Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

    Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan Pembiayaan-i CashVantage Alliance Bank

    1. Jenis Pekerjaan:
    Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pelanggan adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.

    2. Tempoh Bekerja:
    Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pelanggan. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.

    3. Salah Pilih Bank:
    Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar. Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pelanggan hendaklah peka akan perkara ini sebelum membuat sebarang permohonan.

    4. Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
    Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pelanggan mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat sebarang permohonan pembiayaan dengan  Alliance Islamic Bank Berhad, pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS adalah bersih terlebih dahulu.

    BACA : Kesan Buruk Jika Anda Tidak Menjaga Rekod CTOS & CCRIS

    5. Skor dan rekod Kredit:
    Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pelanggan terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana cara seseorang pelanggan itu menguruskan kewangannya.

    Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit. Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pelanggan. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pelanggan hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.

    6. Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
    Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan seseorang pelanggan. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain. 

    Kesemua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pelanggan. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.

    7. Dokumen Tidak Lengkap:
    Dokumen pelanggan merupakan perkara paling penting  untuk mengemukakan sebarang bentuk permohonan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pelanggan adalah kukuh ataupun tidak.Pelanggan atau pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.

    8. Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
    Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank. Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon.

    Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja. Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pelanggan hendaklah mengambil perhatian dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak Alliance Islamic Bank Berhad terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.


    Soalan Lazim Mengenai Pembiayaan-i CashVantage Alliance Bank

    Apakah Kaedah bayaran balik ansuran pembiayaan ini?

    Kaedah bayaran balik yang boleh digunakan adalah sama ada GIRO Antara Bank (IBG), Pemindahan Dana Segera Antara Bank (IBFT) atau melalui Perbankan Dalam Talian Alliance atau Arahan Tetap (Standing Instruction).

    Berapa lama masa yang diambil untuk sesuatu permohonan diluluskan oleh pihak Alliance Islamic Bank Berhad?

    Keputusan permohonan lazimnya akan diketahui dalam masa 48 jam selepas permohonan berjaya diterima, dan jangkamasa untuk kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak Alliance Islamic Bank Berhad.

    Berapa lama masa yang diambil untuk pembiayaan dikreditkan ke dalam akaun pemohon?

    Pembiayaan yang lulus lazimnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam hingga 48 jam hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun pemohon.

    Bolehkan seseorang pelanggan memohon pembiayaan ini sekiranya baru sahaja lulus pinjaman daripada institusi kewangan yang lain?

    Pelanggan dinasihatkan untuk menunggu tempoh bertenang iaitu antara empat (4) hingga enam (6) bulan sebelum membuat permohonan baru, dan dalam tempoh 12 bulan pelanggan dinasihatkan untuk memohon hanya 3 akaun kredit sahaja untuk menjaga skor kredit.

    Bolehkah pelanggan membuat Penyatuan Hutang dengan pembiayaan peribadi ini?

    Ya,  pelanggan boleh membuat penyatuan hutang dengan Pembiayaan-i CashVantage Alliance Bank. Pelanggan dinasihatkan untuk terus berhubung dengan Alliance Islamic Bank Berhad.

    Bagaimana pemohon mengetahui permohonan lulus atau tidak?

    Keputusan permohonan pinjaman sama ada lulus ataupun tidak akan dimaklumkan oleh pihak Alliance Islamic Bank Berhad sama ada melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), E-mel ataupun melalui panggilan telefon. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank sekiranya keputusan permohonan masih belum diketahui selepas 14 hari daripada tarikh permohonan pembiayaan dibuat.

    Bolehkah pelanggan memohon jika sedang di bawah seliaan Program Pengurusan Kredit (AKPK)?

    Haraf maaf. Pelanggan yang sedang mengikuti Program di bawah seliaan AKPK tidak layak untuk memohon pembiayaan peribadi ini.

    Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS/Blaklist CTOS, bolehkah pelanggan memohon pinjaman ini?

    Haraf maaf. Sekiranya pelanggan mempunyai rekod tunggakan CCRIS dan disenaraihitam CTOS, maka pelanggan tidak layak untuk memohon. Namun, sekiranya laporan CTOS tersebut bukan daripada institusi kewangan, pelanggan boleh mencuba untuk memohon pinjaman ini.

    Bolehkah peminjam membuat Pinjaman Bertindih khas untuk pinjaman ini?

    Terdapat banyak faktor yang akan diambil kira sebelum pihak Bankmembenarkan pinjaman bertindih. Oleh itu, pelanggan dinasihati untuk berhubung terus dengan pihak Alliance Islamic Bank Berhad dan panduan cara permohonan untuk pinjaman bertindih.

    Leave a Comment