Bulan Ramadhan Bulan Yang Sentiasa Di Nanti-Nanti Seluruh Umat Islam

Diam tak diam kita telah pun melangkah ke bulan Ramadhan. Bulan yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat islam bukan sahaja dalam negara kita malah di seluruh dunia.

Namun begitu, bulan ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Dimana pada tahun ini, kita menyambutnya di dalam perintah kawalan pergerakan.

Justeru itu, ke semua bazar ramadhan di seluruh negara telah diarahkan tutup untuk memerangi wabak covid-19. Walaupun kita sambut dalam perintah kawalan pergerakan tetapi bulan Ramadhan tetap kita sambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Apa Yang dimaksudkan Dengan Berpuasa?

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai tajuk pada kali ini, apa kata kalau kita lihat dahulu apa yang dimaksudkan dengan berpuasa.

Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Bukan sahaja perlu menahan diri dari lapar dan dahaga malah, perbuatan juga perlu dijaga dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.

Justeru itu, kita wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. Ini kerana, berpuasa pada bulan Ramadhan dapat menjadikan kita sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa. Ia ada disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:

Puasa 2020 Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan

Tadi sudah terangkan mengenai pengertian puasa. Sekarang ini admin hendak berkongsi dengan anda lafaz niat puasa. Kadangkala kita terlupa mengenai lafaz niat puasa. Ini kerana puasa Ramadhan hanya datang sebulan sekali.

Justeru itu, sebelum memasuki bulan Ramadhan kita perlulah mengulang kaji dahulu mengenai lafaz niat puasa. Niat puasa ada dua jenis iaitu niat untuk puasa sebulan, dan niat untuk puasa harian.

Niat Puasa harian

Apa Syarat Sah Puasa?

Sama seperti ibadah lain puasa juga turut mempunyai syarat sah puasa yang harus perlu diikuti oleh umat islam supaya puasa anda sah. Antara syarat sahnya ialah:

#1- Beragama Islam

Puasa di bulan Ramdahan hanya sah dan mendapat pahala apabila dilakukan oleh umat islam. Jika dilakukan oleh orang bukan islam ianya tidak sah dan puasanya hanya di kira sebagai puasa biasa dan tidak sama dengan puasa orang islam.

#2- Menahan Diri Dari Melakukan Perkara Yang Membatalkan Puasa

Puasa seseorang menjadi sah apabila anda dapat menjauhi dan meninggalkan perkara yang boleh membatalkan puasa. Sekiranya, anda melakukan perkara yang membatalkan puasa, anda harus menggantikan puasa anda selepas habis bulan Ramadhan.

#3- Suci Daripada Haid Dan Nifas

Wanita yang berada dalam keadaan haid dan nifas puasa mereka tidak sah dan boleh meninggalkan puasa tetapi wajib di ganti atau di qada selepas habis bulan puasa.

#4- Mumaiyiz

Syarat sah seterusnya ialah mumaiyiz. Mumaiyiz ialah tahu membezakan antara perkara baik dan perkara buruk. Usia yang sesuai untuk kanak-kanak berpuasa adalah 5 tahun dan ke atas. Pada waktu ini anda sudah boleh mengajar Anak anda untuk belajar berpuasa sama seperti orang lain.

Hikmah Bagi Orang Yang Berpuasa Pada Bulan Ramadhan

Sebenarnya, bagi orang berpuasa pada bulan Ramadhan mempunyai banyak hikmah. Dengan berpuasa ia boleh menjadikan kita seorang insan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan berubah menjadi seorang insan yang lebih bertaqwa dan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Antara hikmah tersebut ialah:

1. Melatih diri untuk menjadi seorang yang bersyukur atas rezeki yang telah Allah berikan kepada diri kita

2. Bulan puasa adalah waktu untuk kita mula belajar menahan nafsu pada diri kita.

3. Dapat menjaga kesihatan kita supaya tubuh badan kita menjadi lebih sihat

4. Dapat mendidik diri supaya ada rasa sifat kasihan terhadap orang miskin dan mereka yang kurang upaya

5. Waktu untuk kita mengumpulkan seberapa pahala dengan melakukan amal kebaikan.

6. Waktu untuk kita mula mendekatkan diri dengan Allah supaya kita menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa

Apa Pula Kelebihan Bulan Ramadhan?

bulan Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihan dia yang tersendiri. Sebab itulah ramai yang berlumba-lumba untuk mengejar seberapa banyak pahala pada waktu ini. Antara kelebihanya ialah:

1.   Dapat membentuk seorang insan yang bertaqwa

2.   Bulan diturunkan Al-Quran

3.   Bulan untuk menghapuskan dosa

4.   Ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga

5.   Bulan yang penuh dengan ganjaran pahala untuk setiap perkara baik yang kita lakukan

6.   Waktu yang paling mustajab untuk berdoa dan segala doa kita dimakbulkan

Antara Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa

Sebagai umat islam kita perlulah elakkan perkara-perkara yang boleh membatalkan kita. Amat merugikan apabila kita berpuasa penat-penat tetapi dengan hanya satu kesilapan yang kita lakukan puasa kita menjadi terbatal begitu sahaja.

Justeru itu, kita perlu elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh membatalkan puasa. Antara perkara yang boleh membatalkan puasa ialah:

1.   Makan dan minum dengan sengaja

2.   Memasukkan sesuatu ke dalam rongga tekak atau rongga terbuka

3.   Muntah dengan sengaja

4.   Bersetubuh di siang hari

5.   Keluar air mani

6.   Datang darah haid dan nifas

7.   Pengsan sepanjang hari

8.   Gila dan murtad

Boleh Ke Meninggalkan Puasa Di Bulan Ramadhan Jika Kurang Upaya?

Walaupun kita wajib berpuasa namun, ada juga beberapa sebab yang membolehkan kita meninggalkan puasa dan hanya sebab yang melibatkan kemudaratan pada kesihatan kita sahaja yang dibenarkan untuk meninggalkan puasa.

Namun, anda wajib menggantikan semula puasa yang telah anda tinggalkan selepas habis bulan Ramadhan. Antara sebab yang membolehkan anda meninggalkan puasa adalah:

1.   Sakit yang boleh memudaratkan jika kita berpuasa.

2.    Orang musafir dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak harus berbuka puasa dengan syarat perjalanannya itu melebihi dua marhalah

3.    Orang tua yang uzur, orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.

4.    Wanita yang sedang mengandung dan bimbang jika dia berpuasa ia akan memberi kesan buruk kepada diri dan bayinya.

5.    Wanita yang menyusukan anak yang bimbang jika berpuasa ia akan menyebabkan air susunya akan berkurangan atau bimbang jika boleh menjejaskan kesihatan bayinya.

Bulan Ramadhan Adalah Waktu Untuk Kita Mengubah Diri Dan Waktu Untuk Kita Mendekatkan Diri Dengan Allah

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh baraqah. Pada waktu inilah kita semua berlumba-lumba untuk mengejar ganjaran pahala. Bukan itu sahaja, pada bulan puasa ini juga waktu untuk anda perbanyakkan amal kebaikan dan juga waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jadi, ambil peluang yang ada ini untuk mengumpul seberapa banyak pahala di bulan yang mulia ini.

Leave a Comment