Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK : Syarat & Cara Memohon

Berita baik kepada pelajar anak-anak Kedah yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kini anda tidak perlu risau lagi dengan kos pengajian yang sangat tinggi kerana SPPNK telah menyediakan bantuan pinjaman pendidikan kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan pinjaman ini adalah bagi membantu meringankan beban para pelajar di luar sana untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Untuk memudahkan anda, berikut adalah sedikit informasi berkenaan dengan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.

Apa itu SPPNK?

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah atau dikenali juga sebagai SPPNK.Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merupakan pengerusi SPPNK.

SPPNK adalah bantuan pinjaman yang diberikan kepada pelajar anak-anak kedah yang layak melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Serjana Muda Sepenuh Masa.

Pinjaman pendidikan ini adalah bagi membantu meringankan beban pelajar di luar sana yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

KADAR PINJAMAN DAN BAYARAN BALIK

  • RM6 500.00 setahun merupakan tawaran kadar pinjaman untuk pelajar-pelajar yang layak, RM 7 500.00 setahun pula bagi pelajar yang berada di UNISHAMS.
  • Pinjaman SPPNK akan terus disalurkan ke dalam akaun pelajar setiap semester apabila pinjaman tersebut diluluskan.
  • Pelajar yang layak perlu membayar semula pinjaman tersebut selepas 12 bulan tamat pengajian.
  • Setiap pinjaman dikenakan 2% caj perkhidmatan untuk baki pinjaman yang terkini setiap bulan
  • Peminjam dan penjamin mempunyai tanggungjawab untuk membayar semula pinjaman pendidikan SPPNK berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui
  • Pelajar yang memperolehi CGPA 3.50 keatas di akhir pengajian hendaklah mengemukakan permohonan rasmi yang disertakan dengan dokumen sokongan selama tempoh enam bulan untuk dipertimbangkan diskaun pembayaran semula oleh Jawatan Kuasa Akaun Amanah SPPNK

SENARAI IPT YANG BOLEH DIPOHON

IPT yang boleh dipohon adalah Semua Universiti Awam Tempatan bagi ijazah pertama Sarjana Muda dan beberapa Universiti Swasta bagi ijazah pertama Sarjana Muda seperti:

  1. UNISHAMS
  2. AIMST
  3. KUIM
  4. UNIRAZAK
  5. UNISEL

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Untuk memohon anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang berikut:

  • Warganegara Malaysia dan pemohonon atau ibu atau bapa dilahirkan di Kedah
  • Pemohon berada dalam keadaan yang sihat
  • Pemohon tidak menerima mana-mana bantuan kewangan yang lain atau tajaan dari agensi yang lain
  • Ibu bapa atau penjaga pemohon tidak berada dalam senarai hitam SPPNK dan tindakan undang-undang SPPNK
  • Pemoho merupakan pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda sepenuh masa dan pihak IPT telah memberikan pengesahan pengajian.

CARA-CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan bagi permohonan pinjaman pendidikan SPPNK:

  1. Sila layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam/login.php?a=NDczNDcy
  2. Sila isi maklumat anda dan jangan lupa untuk klik butang ‘hantar’
  3. Sila masukkan id pemohon dan kata laluan di log masuk
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul
  5. Sila hantar permohonan setelah anda mengisi segala maklumat yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut anda boleh melayari pautan berikut :

https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam/#section-c9eb6ae-5

Atau hubungi,

Talian : 04 702 7272

Email: sppnk@kedah.gov.my

Leave a Comment