Seperti yang kita tahu kanser adalah antara penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Tahukah anda apa itu kanser?
Kanser adalah ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.
Kanser ataupun barah biasanya berlaku disebabkan oleh pertambahan sel yang tidak normal dalam tubuh badan seseorang dan menyebabkan ketumbuhan yang tidak normal.
Replikasi ini disebut sebagai kanser iaitu penyakit yang membawa maut, penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira kepada had umur sama ada tua ataupun mudah.
Walaupun penawar bagi kanser belum lagi ditemukan tapi biasanya penghidap kanser akan menjalani pembehan ataupun rawatan rapi daripada pihak hospital.
Perubatan bagi kanser adalah bergantung dengan jenis kanser tersebut, namun jumlah kos perubatan bagi kanser adalah agak tinggi memandangkan ia memerlukan peralatan dan perubatan yang berkualiti tinggi.
Dengan itu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor telah menawarkan bantuan yayasan kanser iaitu bantuan pembiayaan bagi perubatan kanser untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Apa itu bantuan YKTLJ?
Bantuan YKTLJ ataupun Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor adalah bantuan perubatan dan perawatan bagi pesakit kanser yang kurang berkemampuan.
Dengan keprihatinan terhadap pesakit kanser yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perubatan dan perawatan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor telah menawarkan bantuan perubatan kepada pesakit kanser.
Bantuan yang ditawarkan merangkumi bantuan ubat-ubatan, bantuan peralatan dan perawatan kepada pesakit kanser yang memerlukan.
Jenis Bantuan
Berikut adalah jenis bantuan yang ditawarkan bagi bantuan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor:
- Bantuan dari segi perubatan.
- Bantuan bagi peralatan perawatan.
- Bantuan susu berkeperluan khas.
- Bantuan Ujian Imbasan Pet.
- Tambang pengangkutan ke hospital.
Lokasi Hospital bagi permohonan bantuan YKTLJ
Bagi individu yang ingin membuat permohonan anda boleh mohon bantuan YKTLJ di hospital Negeri Johor iaitu:
- Hospital Pakar Sultanah Aminah,Muar.
- Hospital sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon bantuan yayasan kanser ini anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang berikut :
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang sah serta bermastautin di Johor.
- Pemohon hendaklah mempunyai rekod rawatan di 4 hospital yang terpilih.
- Pemhon tidak berkemampuan untuk pembiayaan rawatan.
- Pemohon juga mestilah tidak menerima bantuan daripada jabatan kerajaan, NGO ataupun majikan.
- Pemohon bukan merupakan kakitangan ataupun bekas kakitangan kerajaan.
- Telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
- Pemohon mendapat kelulusan daripada YKTLJ sebelum rawatan kanser di jalankan.
Proses Permohonan
Jika anda memerlukan bantuan dari yayasan kanser dan telah menepati semua syarat-syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan mengikut langkah yang berikut:
- Pesakit perlulah memaklumkan kepada doktor yang merawat dan maklumat pesakit akan dihantar kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP).
- Seterusnya, JKSP akan menerima rujukan doktor dan menetapkan tarikh untuk temu janji dengan pesakit.
- Pesakit yang memohon perlu hadir pada sesi temu janji bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
- JKSP akan menghantar permohonan yang layak untuk mendapat bantuan kepada YKTLJ untuk diproses pada peringkat seterusnya.
- JKSP akan menghubungi pesakit yang layak dan permohonan yang telah diluluskan.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bantuan Yayasan kanser Tunku Laksamana Johor anda boleh melayari pautan yang berikut: