Permohonan Moratorium (PEMULIH) : Penangguhan Bayaran selama 6 Bulan Tanpa Syarat

Semasa pembentangan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021 satu lagi inisiatif telah diumumkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Inisiatif tersebut adalah Moratorium automatik iaitu penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan kepada peminjam.

Ini bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia memandangkan ramai yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilaksanakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.    

Moratorium ini diberikan kepada semua peminjam bank individu tidak kiralah sama ada peminjam adalah dari golongan B40, M40, T20 ataupun usahawan mikro.

Mengenai Moratorium automatik PEMULIH

Moratorium adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat semasa pandemik dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Moratorium ini juga dikenakan tanpa syarat pengurangan pendapatan. Bukan itu sahaja semakan sama ada pemohon telah kehilangan pekerjaan juga tidak akan diadakan.

Bagi memudahkan rakyat, tiada sebarang bentuk dokumentasi yang perlu dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk memohon moratorium tersebut.

Kemudahan moratorium ini juga turut di tawarkan kepada pengusaha PKS yang turut terjejas akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Kelulusan bagi moratorium ini adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan dari pihak bank.

Tarikh Permohonan

Bagi mereka yang ingin memohon, anda boleh mula membuat permohonan bermula 7 Julai 2021 bagi permohonan moratorium automatik PEMULIH.

Cara memohon

Untuk memohon moratorium ini anda hanya perlu menghubungi bank masing-masing dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Untuk pengetahuan anda peminjam hanya perlu memohon serta menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Permohonan boleh dibuat melalui 3 cara mudah seperti berikut :

Melalui borang web

  1. Layari laman web bank anda.
  2. Klik pada borang web.
  3. Isi butiran peribadi dengan lengkap dan pembiayaan anda.
  4. Kemudian tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
  5. Akhir sekali klik butang hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan.

Melalui e-mel

  1. Layari laman web bank anda.
  2. Klik pada pautan e-mel yang telah disediakan.
  3. Kemudian isi butiran maklumat peribadi dan pembiayaan yang dikehendaki.
  4. Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
  5. Akhir sekali klik pada butang hantar dan bank anda akan mengesahkan penerimaan.

Melalui panggilan telefon

  1. Anda hanya perlu hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda.
  2. Operator akan membimbing anda hingga ke akhir proses permohonan.

Semakan kelulusan

Kelulusan bagi permohonan moratorium adalah secara automatik.

Permohonan yang diluluskan akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu.

Bagi peminjam PKS pula akan menerima pengesahan dalam tempoh 14 hari.

Senarai nombor telefon bank

Berikut adalah senarai nombor telefon bank bagi permohonan  moratorium:

Senarai laman web bank

Berikut adalah senarai laman web bank bagi permohonan moratorium.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan anda boleh melayari pautan berikut :

https://www.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment