Bantuan Data Internet Selangor : Percuma Untuk 12 Bulan

Pada masa kini segalanya memerlukan internet, di tambah pula dengan keadaan pandemik yang memaksa semua urusan dilakukan secara online.

Ini termasuklah dalam pekerjaan, pendidikan dan pelbagai lagi hal yang lainnya yang memerlukan internet.

Tapi dalam keadaan pandemik sebegini ramai golongan yang terjejas dan harga langganan internet juga agak tinggi dan bukan semua golongan berkemampuan.

Lebih-lebih pula bagi mereka yang terkesan dengan penularan wabak covid-19 ini seperti kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Dengan itu, kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan satu inisiatif bantuan internet percuma untuk 12 bulan kepada golongan sasaran yang berkelayakan yang menetap di Negeri Selangor.

Apa itu data internet Selangor (DIS)?

Data internet Selangor adalah salah satu inisiatif kerajaan Selangor bagi meringankan sedikit beban penduduk Negeri Selangor dengan pemberian internet percuma.

Pada 4 ogos 2021 yang lalu, Datuk  Seri Amirudin  Shari menyatakan Menteri Besar Selangor (pemerbadanan) akan membiayai sepenuhnya dengan peruntukan berjumlah RM17.5 juta bagi pelaksanaan bantuan data internet Selangor.

Bantuan internet percuma ini akan diberikan kepada golongan sasaran selama tempoh 12 bulan bermula daripada 1 Oktober 2021.

Bantuan ini disasarkan kepada 70,000 penerima yang berkelayakan dan akan menerima kad sim serta langganan kad internet secara percuma.

Pakej yang ditawarkan

Berikut adalah pakej yang ditawarkan bagi bantuan data internet Selangor kepada golongan sasaran yang berkelayakan.

Tarikh permohonan

Permohonan bagi bantuan data internet Selangor ini akan di buka seawal 15 Julai ini dan permohonan akan ditutup pada 15 September 2021.

Pastikan anda tidak terlepas tarikh pemrohonan tersebut dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Anda di cadangkan untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu saat-saat akhir tarikh permohonan bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan dan sebagainya.

Siapakah yang layak memohon?

  • Pemohon yang merupakan golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan penjaja yang telah berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor secara sah.
  • Pemohon yang bekerja sbeagai GRAB riders yang bermastautin di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan pelajar daripada UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan juga Yayasan Selangor.
  • Pemohon yang merupakan Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan ketua-ketua kampung bagan di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan ketua-ketua komuniti India di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan imam, bilal dan siak di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan petani di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan ibu tunggal di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan Orang Asal di Selangor.
  • Pemohon yang merupakan peniaga secara onlinedi bawah program Selangor e-bazar.

Cara Memohon

Berikut adalah cara untuk memohon bantuan data internet percuma bagi Selangor.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lebih anda boleh melayari pautan berikut: https://dis.borangmbiselangor.com/

Leave a Comment