BPK Negeri Sembilan : RM 300 Bantuan kehilangan Pekerjaan

Atas keprihatinan kerajaan Negeri Sembilan terhadap rakyatnya yang terkesan dengan Perintah kawalan Pergerakan 3.0 yang telah dilaksanakan.

Negeri Sembilan telah melaksanakan satu inisiatif iaitu Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) bagi penduduk Negeri Sembilan.

Ramai individu yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Sedar dengan keadaan ini kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk memberi bantuan kepada penduduk Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan.

Dengan harapan bantuan secara one-off yang diberikan dapat meringankan sedikit beban bagi penduduk Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan akibat PKP 3.0 yang dilaksanakan pada tahun 2021.

Mengenai BKP

BKP atau tanpa singkatan Bantuan Kehilangan Pekerjaan adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Negeri Sembilan bagi penduduk Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan.

Bantuan ini adalah berupa One-off berjumlah RM300 bagi setiap individu yang kehilangan pekerjaan.

Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan perintah kawalan pergerakan 3.0 yang telah dilaksanakan adalah dialu-alukan untuk memohon bantuan ini.

Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM 3 juta bagi pelaksanaan BKP ini untuk di salurkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang memerlukan dan hilang punca pendapatan.

Jumlah bantuan

Jumlah atau kadar bantuan yang akan di salurkan kepada penerima yang berkelayakan adalah RM300 secara one-off.

Bantuan ini akan disalurkan melalui electronic Fund Transfer (EFT) kepada permohonan yang telah diluluskan.

Tarikh terima bantuan

Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan di salurkan terus kepada penerima yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Syarat permohonan

Berikut adalah kriteria permohonan yang perlu di tepati bagi melayakkan anda untuk memohon:

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang sah.
  • Pemohon merupakan penduduk tetap Negeri Sembilan.
  • Pemohon kehilangan pekerjaan di sebabkan perintah kawalan pergerakan.  
  • Pemohon belum mendapat apa-apa jenis pekerjaan sehingga kini.

Jika anda menepati syarat kelayakan di atas anda digalakkan untuk memohon segera bantuan BKP ini.

Tarikh permohonan

Bagi mereka yang berkelayakan boleh memohon bantuan kehilangan pekerjaan (BKP) bermula 30 Jun 2021 sehingga 30 Julai 2021.

Cara memohon

Bagi mereka yang ingin memohon, berikut adalah panduan dan cara memohon BKP Negeri Sembilan:

  • Anda perlu melayari pautan berikut : https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di google Play store atau App Store.
  • Anda di kehendaki untuk mengisi maklumat yang diperlukan pada bahagian “Daftar Untuk Memohon”.
  • Klik pada butang “hantar”.
  • Seterusnya anda akan menerima kod pengesahan yang dihantar melalui telefon bimbit anda.
  • Masukkan kod pengesahan yang anda terima ke dalam paparan portal untuk bahagian yang seterusnya.
  • Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.
  • Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda serta maklumat pasangan dan tanggungan.
  • Kemudian anda akan dipaparkan dengan bahagian Bantuan kehilangan pekerjaan.
  • Klik pada kotak bantuan dan klik pada butang hantar.
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar permohonan anda.

Dokumen sokongan

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang anda perlu muat naik semasa memohon BKP:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil nikah/cerai/ sijil kematian (atau mana-mana yang berkaitan)
  • Surat bukti pemberhentian kerja daripada majikan.
  • Salinan penyata bank atau muka depan buku bank.

Nota penting : kerajaan Negeri Sembilan berhak untuk memutuskan atau membatalkan bantuan berdasarkan dokumentasi yang telah dikemukakan dan kerajaan Negeri juga berhak untuk menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan anda boleh melayari pautan berikut :

https://www.ns.gov.my/

atau hubungi,

Talian : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my

Leave a Comment