Pada tarikh 28 hb 2021 bersamaan dengan hari Isnin, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan Khas Covid-19 yang bakal disalurkan kepada rakyat.
Pengumuman ini dibuat melalui pengumuman pelan perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH). Bantuan Khas Covid-19 ini adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Kerajaan sedar dengan keadaan rakyat di Malaysia yang menghadapi kesukaran dalam menampung kehidupan harian akibat dari kesan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang diadakan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Walaupun begitu, kerajaan tetap harus melaksanakan tindakan ini bagi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.
Dengan itu kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan khas covid-19 bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi ini.
Matlamat Bantuan khas Covid-19 (BKC)
Bantuan khas Covid-19 ini adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Inisiatif ini bakal dilaksanakan dengan matlamat seperti berikut:
- Bagi meneruskan agenda Prihatin Rakyat.
- Bagi memastikan rakyat menerima bantuan setiap bulan sehingga akhir tahun 2021.
- Bagi meningkatkan vaksinasi di Malaysia.
Kategori Penerima
Bantuan Khas ini akan di salurkan mengikut kategori. Berikut merupakan Kategori bagi penerima BKC.
- Isi rumah miskin tegar
- Bujang miskin tegar
- Isi rumah B40
- Bujang B40
- Isi rumah M40
- Bujang M40
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran bagi bantuan khas Covid-19 juga berdasarkan kategori seperti berikut :
Bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima RM 1,300 dan bagi kategori bujang miskin tegar akan menerima RM 500.
Untuk kategori isi rumah B40 pula akan menerima RM800 dan RM 200 bagi kategori bujang miskin tegar.
Akhir sekali adalah kategori isi rumah M40 yang akan menerima RM 250 dan kategori bujang M40 RM 100.
Jadual Pembayaran
Pembayaran bagi BKC akan dilakukan secara berperingkat, bagi memudahkan anda berikut saya kongsikan jadual pembayaran bantuan khas Covid-19 yang bakal disalurkan.
Pembayaran BKC adalah seperti berikut :
Kategori | Ogos | November | Disember |
Isi rumah miskin tegar | RM 500 | RM 500 | RM 300 |
Bujang miskin tegar | RM 200 | RM 300 | |
Isi rumah B40 | RM 500 | RM 300 | |
Bujang B40 | RM 200 | ||
Isi Rumah M40 | RM 250 | ||
Bujang M40 | RM 100 |
Cara Memohon
Cara untuk memohon bantuan khas Covid-19 akan di kemas kini dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Kementerian Kewangan pada pautan berikut : https://www.mof.gov.my/.
Atau hubungi,
Telefon : 03-8000 8000
Fax : 03-88823893 / 03-88823894
Soalan lazim
Apakah tujuan dan matlamat utama BKC dilaksanakan?
Antara tujuan dan matlamat utama BKC dilaksanakan adalah bagi memastikan rakyat menerima bantuan pada bulan-bulan akan datang sehingga akhir tahun 2021.
Siapa yang layak menerima BKC?
Individu yang layak untuk menerima BKC adalah individu daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 sahaja.
Berapa amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC?
Jumlah amaun bayaran BKC adalah mengikut kategori iaitu daripada RM100 sehingga RM1,300.
Bila pembayaran akan dibuat?
Pembayaran bagi BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November dan Disember tahun ini mengikut kategori penerima.
Adakah saya perlu membuat permohonan untuk mendapat BKC?
Maklumat lanjut mengenai permohonan BKC akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas di umumkan oleh kementerian kewangan.