i-citra KWSP : Pengeluaran i-citra KWSP Sehingga RM 5,000 Ogos Ini

Pada perutusan khas sempena pengumuman pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi, Perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi inisiatif kerajaan iaitu i-citra.

i-citra merupakan kesinambungan daripada i-lestari dan i-sinar. Dengan tujuan yang sama inisiatif ini adalah bagi meringankan beban rakyat semasa perintah kawalan pergerakan.

Kerajaan sedar dengan keadaan rakyat yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan yang diadakan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang menular dengan hebat di Malaysia.

Keputusan ini juga telah dipertimbangkan dengan sebaik-baik mungkin, kata kerajaan, walaupun ini adalah keputusan yang sukar memandangkan KWSP adalah simpanan rakyat pada masa tua kelak namun ini adalah tindakan yang harus diambil bagi membantu rakyat menampung keperluan harian.

Mengenai i-citra KWSP

i-citra KWSP ini adalah kesinambungan daripada i-sinar yang telah dilaksanakan sebelumnya. Kerajaan yakin pelaksanaan i-sinar sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu rakyat untuk menampung kehidupan harian dalam jangka masa pendek.

Dengan itu, inisiatif yang sama iaitu i-citra bakal dilaksanakan dengan jangkaan bayaran awal pada bulan Ogos ini. Dianggarkan seramai 12.6 juta ahli KWSP akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Inisiatif i-citra juga dijangka akan dapat menyalurkan sehingga 30 Bilion kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan wabak covid-19.

Inisiatif ini diharapkan akan dapat menampung sedikit sebanyak keperluan harian rakyat dalam jangka masa pendek dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian covid-19 di Malaysia.

Siapa yang layak memohon i-citra?

i-citra layak dimohon oleh semua ahli KWSP di Malaysia yang berumur 55 tahun ke bawah.

Permohonan i-citra juga bergantung kepada baki akaun KWSP pada akaun 1 dan akaun 2 selepas pengeluaran i-sinar.

Pastikan anda menyemak terlebih dahulu baki akaun KWSP anda sebelum membuat permohonan.

Cara semak baki KWSP

Sebelum membuat permohonan adalah sebaiknya anda mengetahui terlebih dahulu baki akaun KWSP anda untuk mengetahui jumlah i-citra yang bakal anda terima.

Anda boleh menyemak baki KWSP anda melalui cara berikut :

  1.  Semak melalui i-akaun ( ahli)
  2. Melalui aplikasi mudah ahli i-akaun
  3. Kios KWSP

Jumlah amaun i-citra KWSP

Amaun i-citra adalah sehingga RM 5,000 maksimum tapi ianya bergantung kepada baki akaun KWSP anda. Inilah sebab anda perlu menyemak terlebih dahulu baki akaun KWSP anda.

Tapi perlu anda ketahui, penyaluran KWSP akan disalurkan setiap bulan RM 1,000 dan berterusan sehingga RM 5,000.

Perkara di atas hanyalah jika anda mempunyai baki lebih daripada Rm5,000 pada akaun KWSP anda.

Amaun minimum bagi i-citra adalah RM 50 satu bulan. Amaun pengeluaran ini adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada hari permohonan diproses.

Tarikh Permohonan

Anda perlu memohon untuk mendapatkan i-citra ini, permohonan akan di buka seawal 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Pastikan anda tidak terlepas tarikh permohonan tersebut.

Cara membuat permohonan

Permohonan boleh terus di buat pada portal i-citra pada pautan berikut : icitra.kwsp.gov.my 

Pautan tersebut boleh diakses bermula 15 Julai 2021.    

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh melayari portal rasmi KWSP pada pautan :

https://www.kwsp.gov.my/

Atau hubungi,

Talian : 03-8922 4848

Soalan Lazim

Apakah tujuan i-citra diperkenalkan?

i-citra diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Siapa yang layak memohon?

Jika anda berumur 55 tahun ke bawah dan merupakan Ahli KWSP anda layak untuk memohon.

Anda juga hendaklah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP anda.

Kenapa amaun i-citra maksimum RM5,000 sahaja?

Amaun tersebut adalah bagi membantu rakyat menampung keperluan hidup dalam jangka masa pendek. Keputusan ini dibuat bagi mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Leave a Comment