Secara umumnya artis adalah individu yang kreatif dan mahir dalam bidang seni atau apa-apa sahaja yang berkaitan dalam bidang seni.
Di Malaysia bila berkata tentang artis kita tahu bahawa artis adalah mereka yang bekerja sebagai penggiat seni di Malaysia.
Tidak kisahlah sama ada individu tersebut adalah pelakon, penyanyi, penari ataupun pelukis selagi ia tidak terkeluar dari bidang seni.
Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan yang hebat kepada semua masyarakat di Malaysia menyebabkan ramai yang terjejas punca pendapat.
Dan artis juga tidak terlepas dari menjadi antara individu yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini, dan telah menyebabkan ramai artis yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Menyedari hal ini, satu inisiatif bantuan makanan bagi artis yang terjejas telah dilaksanakan hasil dari kerjasama antara CENDANA dan Yayasan Sime Darby.
Mengenai bantuan makanan artis Covid-19
Program bantuan makanan artis Covid-19 ini adalah satu inisiatif hasil dari kerjasama antara CENDANA dan Yayasan Sime Darby.
Program ini di sokong oleh dana daripada geran Kementerian kewangan Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan Malaysia serta Perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia (PERMAI) yang juga dikelolai Yayasan Hasanah melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN).
Ini menunjukkan lagi keprihatinan kerajaan terhadap pihak penggiat seni atau artis di Malaysia yang turut terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini.
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membantu meringankan beban artis di Malaysia yang betul-betul memerlukan bantuan ini.
Kepada mereka yang bergelar artis bolehlah mencuba untuk memohon bantuan ini untuk meringankan beban. Berikut dikongsikan panduan lengkap permohonan bantuan makanan artis Covid-19.
Bantuan makanan
Bagi permohonan yang berjaya akan menerima bantuan seperti berikut :
- Kategori bujang : baucar membeli-belah Lotuss dengan jumlah RM160.
- Kategori berkeluarga : baucar membeli-belah Lotuss dengan jumlah RM220.
Bagi pemohon yang berada di kawasan yang tidak mempunyai Lotuss atau jauh daripada Lotuss (dulu dikenali sebagai TESCO), akan menerima baucar mengikut pasar raya yang terdapat di kawasan pemohon.
Kriteria permohonan
Pemohon hendaklah menepati kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk melayakkan pemohon membuat permohonan.
Berikut adalah kriteria permohonan bantuan makanan artis Covid-19:
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai pengalaman relevan minimum dua tahun serta portfolio kerja yang membuktikan pemohon aktif dalam sektor seni budaya.
- Artis, pekerja tadbir, kolektif, serta organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen serta kraf yang menerima pendapatan dari gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, serta perkhidmatan kepada seni.
- Pemohon hendaklah berada dan menjalankan kerja di Malaysia.
- Pemohon bukanlah pekerja sepenuh masa, ahli lembaga pengarah, pengarah, pegawai ataupun ahli keluarga terdekat kepada CENDANA ataupun keluarga terdekat kepada Sime Darby.
- Pemohon kehilangan punca pendapatan ataupun terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan di buka adalah mengikut kitaran iaitu kitaran 3 dan kitaran 4 seperti berikut:
- Kitaran 3
Bagi kitaran 3 permohonan akan dibuka pada 5 Julai 2021 dan tarikh akhir permohonan ditutup adalah pada 11 Julai 2021.
- Kitaran 4
Bagi kitaran 4 permohonan akan dibuka pada 12 Julai 2021 dan tarikh akhir permohonan ditutup adalah pada 18 Julai 2021.
Cara memohon
Berikut adalah cara untuk memohon bantuan makanan artis Covid-19:
- Pastikan anda menepati kriteria permohonan yang telah ditetapkan.
- Layari pautan berikut untuk memohon : https://podio.com/webforms/26365650/1992601
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Hantar permohonan anda.
Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Semakan permohonan
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan sendiri pada tarikh bermula 5 Ogos 2021 bagi kitaran 3 dan pada tarikh bermula 12 Ogos 2021 bagi kitaran 4.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan anda boleh melayari pautan berikut :
Atau hubungi :
Talian : +603-7712 7212
Fax: +603-7712 7202
Emel : info@cendana.com.my