Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan : Jadual Dan Tarikh Pembayaran 2021

Melalui pembentangan bajet 2021 baru-baru ini tarikh pembayaran atau jadual pembayaran bagi pencen bulanan tahun 2021 untuk pesara kerajaan telahpun diumumkan oleh portal rasmi bahagian pasca perkhidmatan.

Pesara kerajaan kini boleh menyemak tarikh dan jadual pembayaran berikut bagi memudahkan pesara kerajaan untuk merancang kehidupan pasca perkhidmatan dengan lebih baik.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi kini yang semakin mencabar disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di Negara kita.

Untuk memudahkan para pesara kerajaan berikut dikongsikan tarikh bayaran pencen bagi pesara kerajaan yang terkini bagi memudahkan pesara kerajaan untuk mengetahui tarikh sebenar bayaran pencen ini akan dibuat.

Nota Penting Pembayaran Pencen

Sebelum kita meneruskan kepada jadual pembayaran pencen bagi pesara kerajaan 2021, berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu ketahui.

Untuk pengetahuan anda, bagi sebarang pertukaran akaun bank bagi pesara hanyalah boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh setahun.

Hal ini adalah bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam sistem bayaran pencen bulanan yang dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, kelulusan untuk pertukaran akaun bank adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak JPA PENCEN.

Permohonan bagi pertukaran akaun bank ini perlulah disertakan dengan surat permohonan pertukaran bank bagi memudahkan urusan permohonan pertukaran bank anda dilaksanakan.

Tarikh Pembayaran Pencen 2021

Berikut adalah tarikh sebenar pembayaran bagi pencen kepada pesara kerajaan untuk tahun 2021.

BulanTarikhHari
Januari21/01/2021Khamis
Februari08/02/2021Isnin
Mac15/03/2021Isnin
April20/04/2021selasa
Mei05/05/2021Rabu
Jun10/06/2021Khamis
Julai12/07/2021Isnin
Ogos18/08/2021Rabu
September21/09/2021Selasa
Oktober21/10/2021Khamis
November18/11/2021Khamis
Disember16/12/2021Khamis

Sebagai panduan anda, anda juga boleh memuat turun gambar jadual pembayaran pencen dibawah.

Senarai Bank Sistem Pembayaran Pencen

Berikut dikongsikan senarai bank yang menyertai sistem pembayaran pencen sebagai panduan anda.

  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Maybank
  • BSN
  • Affin Bank
  • CIMB
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • Alliance Bank
  • RHB Bank
  • HSBC Bank
  • Bank kerjasama Rakyat
  • Hong Leong bank
  • Agro Bank

Berikutlah maklumat berkenaan dengan tarikh pembayaran pencen bagi pesara kerajaan untuk tahun 2021.

Semoga sedikit informasi berkenaan tarikh pembayaran pencen 2021 ini memberi manfaat kepada anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari portal pencen JPA pada pautan berikut:

http://www.jpapencen.gov.my/ 

Atau hubungi,

Telefon: 603 8887 8777

Email: mypesara@kwap.gov.my

Leave a Comment