Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian Mesir Dan Jordan : Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Pernahkah anda terfikir atau merancang untuk melanjutkan pengajian di Mesir ataupun Jordan?

Tapi masih tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di sana kerana kos yang terlalu tinggi.

Berita baik untuk anda yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan kerana permohonan bagi Biasiswa Baitumal MAIWP iaitu bantuan biasiswa pengajian di Mesir dan Jordan telah pun di buka.

Jika anda merupakan pelajar yang mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ini adalah peluang anda untuk melanjutkan pengajian di luar negara dengan bantuan biasiswa.

Biasiswa Baitulmal MAIWP

Biasiswa Baitulmal MAIWP adalah bantuan biasiswa yang telah dibuka oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membantu pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan.

Biasiswa ini ditubuhkan bagi meringankan beban pelajar untuk menampung kos pengajian yang tinggi terutamanya di Mesir dan Jordan.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM),Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta diploma tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat.

Senarai institusi dan program

Berikut adalah senarai institusi dan program yang akan ditaja oleh biasiswa Baitulmal MAIWP.

InstitusiProgram
Universiti Al-Azhar MesirProgram bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Universiti Al-Azhar MesirProgram bagi Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra dan Maahad Lilbanat Mansurah) MesirProgram bagi Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
Universiti Al-Azhar
Universiti Kaherah
Ain-Shams, Alexandria,
Mansoura,
Tanta,
Zaqaziq Mesir
Program bagi Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Farmasi
Universiti Of Yarmouk Jordan Universiti Mu’tah Jordan Universiti Al-Albayt Jordan  Program dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah (Bahasa Arab / Usuluddin / Muamalat Perbankan Islam / Usul dan Fiqh)   

Syarat Umum

Berikut adalah syarat umum bagi permohonan biasiswa Baitulmal MAIWP.

  • Pemohon beragama Islam.
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang sah.
  • Pemohon bermastautin dan masih menetap di wilayah persekutuan dengan tempoh tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Permohonan tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Siapakah yang tidak layak memohon?

Berikut merupakan kriteria bagi individu yang tidak layak memohon.

  • Individu yang tidak memenuhi syarat kelayakan.
  • Individu yang sedang mengikuti pengajian dan kurus di peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/kursus persediaan Bahasa.
  • Individu yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam ataupun swasta serta diluluskan cuti separuh gaji.
  • Individu yang mengikuti pengajian separuh masa atau kursus jarak jauh.
  • Individu yang pernah ditamatkan bantuannya atau bantuan tersebut ditarik semula oleh mana-mana bahagian di sebabkan oleh tindakan disiplin.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi biasiswa Baitulmal MAIWP telah pun di buka pada 4 ogos 2021 dan anda boleh mula menghantar permohonan anda.

Permohonan ini akan ditutup pada 21 Ogos 2021, oleh itu pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh akhir permohonan.

Cara memohon

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan bagi biasiswa Baitulmal MAIWP.

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian MAIWP berikut :

Kuala lumpur: 019-200 4270/019 -200 4686

Labuan: 013-851 4066

Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443

Leave a Comment