BKIT RM300 Online : Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Penularan wabak Covid-19 semakin serius di Malaysia sehingga menyebabkan terlalu ramai golongan yang terjejas seperti hilang punca pendapatan, pekerjaan dan sebagainya.

Daripada golongan ini, golongan ibu-ibu tunggal juga tidak terkecuali daripada turut terkesan dengan pandemik yang sedang melanda negara kita.

Sedar dengan keadaan tersebut, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif bagi golongan orang kurang upaya dan golongan ibu-ibu tunggal yang berdaftar.

Inisiatif ini adalah bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya bagi meringankan sedikit beban mereka dalam menampung kos kehidupan.

Definisi Ibu tunggal

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berikut dikongsikan penerangan berkenaan dengan definisi Ibu tunggal.

Ibu tunggal adalah wanita yang menjadi ketua isi rumah dan merupakan warganegara bagi kategori seperti berikut.

  • Telah berkahwin dan bertaraf balu atau bercerai atau telah berpisah secara tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin sebagai tanggungan; atau
  • Masih mempunyai suami tapi suami berada dalam keadaan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin sebagai tanggungan.
  • Wanita yang tidak pernah berkahwin tapi mempunyai anak angkat atau anak tidak sah taraf sebagai tanggungan.

Pendaftaran Ibu Tunggal

Bagi ibu tunggal yang belum mendaftar sebagai ibu tunggal boleh membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online ataupun manual.

Berikut dikongsikan panduan untuk mendaftar sebagai ibu tunggal:

  • Secara online

Bagi ibu tunggal yang ingin mendaftar secara online boleh mendaftar melalui laman yang disediakan oleh jabatan pembangunan Wanita di sistem iWanita.

  • Daftar ibu tunggal secara manual

Untuk melakukan pendaftaran secara manual , anda boleh hadir di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) atau Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Jumlah Bantuan

Jumlah sebenar bagi bantuan yang akan diterima bagi ibu tunggal yang berkelayakan adalah RM300.

Bantuan ini akan diterima oleh ibu-ibu tunggal yang layak bermula dari Julai sehingga November 2021.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon untuk memohon bantuan khas ibu tunggal (BKIT).

  • Wanita yang mempunyai suami tapi tidak berkemampuan untuk bekerja seperti tidak sihat dan sebagainya dan mempunyai anak yang belum berkahwin sebagai tanggungan.
  • Wanita yang menjadi ketua isi rumah dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  • Mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan atau pendapatan perkapita adalah RM244.

Cara Memohon Bantuan khas Ibu Tunggal

Permohonan bagi bantuan khas ibu tunggal ini boleh dibuat sebelum 31 oktober 2021 iaitu tarikh akhir permohonan bagi BKIT.

Berikut adalah cara untuk memohon bantuan khas ibu tunggal bagi memudahkan anda membuat permohonan.

Anda hanya perlu daftar borang permohonan bagi bantuan khas ibu tunggal pada pautan berikut :

https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/

perlulah diingatkan kepada pemohon untuk memohon mengikut negeri pemohon.

Semoga sedikit informasi berkenaan bantuan khas ibu tunggal ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut berkenaan BKIT anda boleh menghubungi:

https://jpw.aidan.work/sign-in.php

atau hubungi talian,

Telefon: 03-83231000

Leave a Comment