Peluang Pinjaman Boleh Ubah Lepasan SPM : Program Pembangunan Bakat Muda MARA @ Young Talent

Untuk pengetahuan anda, program pembangunan bakar muda MARA adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah bagi pelajar lepasan spm yang cemerlang di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

SPM adalah satu peperiksaan yang diambil pada akhir sekolah menengah, dan seterusnya, majoriti lepasan SPM berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tidak mampu untuk menampung kos pengajian.

Oleh itu, wujudnya program ini adalah bagi membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi tetapi kurang berkemampuan.

Melalui program ini MARA menyediakan penajaan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang cemerlang untuk memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran.

Apa yang anda perlu tahu?

Bagi memudahkan pelajar lepasan SPM, kami kongsikan secara ringkas dan mudah untuk difahami perkara yang perlu anda tahu berkenaan dengan peluang pinjaman boleh ubah lepasan spm seperti berikut :

  1. Syarat umum
  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan Ibu atau Bapa pemohon adalah merukan warganegara dan bumiputera
  • Pemohon serta ibu bapa pemohon tidak disenarai hitam atau dikenakan undang-undang MARA
  • Pemohon hendaklah merupakan bukan penerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama
  • Pemohon hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Syarat khusus
  • Pemohon merupakan calon SPM buat kali pertama pada tahun 2020.
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan program yang ditetapkan.
  • Jumlah pinjaman
  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan yang akan diberikan kepada permohonan yang lulus adalah merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan iaitu elaun pergi dan balik hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah atau Sarawak

Atau ,

  • Pelajar Sabah atau Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Bagi permohonan yang lulus, pinjaman diberikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Cara permohonan

Bagi individu yang memenuhi kelayakan dan berminat boleh membuat permohonan di atas talian pada pautan http://www.mara.gov.my

Bermula pada tarikh 19 April 2021 hingga 6 Mei 2021 mengikut langkah berikut :

  1. Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
  2. Bagi meneruskan permohonan, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ 
  3. Sebelum membuat permohonan, dinasihatkan pemohon untuk membaca dan memahami garis panduan yang disediakan
  4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
    1. i. Maklumat peribadi dan keluarga
    1. ii. Cadangan Pengajian
    1. iii. Ujian Psikometrik
    1. iv. Perakuan keterangan

program ini adalah peluang keemasan bagi pelajar lepasan SPM di luar sana bagi merebut peluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelajaran adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. Selepas menamatkan SPM, melanjutkan pelajaran adalah satu langkah yang bijak dengan penajaan bantuan pinjaman boleh ubah dari Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) .

Maklumat lanjut

untuk maklumat lanjut sila layari pautan :

Young Talent Development Programme – YTP

Atau emel kan soalan anda kepada alamat email

ytp@mara.gov.my

Leave a Comment