Selaras dengan pernyataan pejabat perdana Menteri Malaysia, bantuan sempena aidilfitri bagi negeri Sabah akan diberikan kepada penjawat awam yang bertugas di sabah, sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara.
Bantuan ini adalah bagi menghargai jasa penjawat awam yang telah mengorbankan masa dan tenaga kepada negara, terutamanya dalam menjadi barisan hadapan dalam melawan Covid-19.
Berikutan dengan itu, bantuan ini akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 ke bawah yang bertugas di sabah.
Bantuan sempena aidilfitri bagi Negeri Sabah
Menjelang aidilfitri yang bakal tiba kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kepada penjawat awam yang bertugas di Negeri Sabah.
Bantuan ini juga akan diberikan sebelum tibanya hari raya Aidilfitri, bantuan ini boleh membantu penjawat awam dalam membuat persediaan awal menjelang hari raya Aidilfitri.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan bantuan sempena aidilfitri bagi Negeri Sabah.
Tujuan bantuan diberikan
Bantuan bersempana dengan aidilfitri yang bakal tiba adalah untuk menghargai jasa penjawat awam yang telah berkhidmat untuk negara.
Selain itu, bantuan ini juga agar dapat menyuntik lagi semangat ke dalam diri penjawat awam, untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Di samping itu, bantuan aidilfitri ini adalah bagi meringankan beban segelintir penjawat awam bersempena dengan sambutan aidilfitri yang bakal tiba terutamanya bagi penjawat awam yang merayakan aidilfitri.
Jumlah bantuan
Berdasarkan kenyataan pejabat Perdana Menteri , kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada penjawat awam gred 54 ke bawah bersempena dengan hari raya aidilfitri.
dan,
RM250 kepada pesara .
Tarikh terima bantuan
Bayaran bagi bantuan aidilfitri akan diberikan serentak dengan gaji pada bulan Mei iaitu pada 7 Mei 2021.
Bantuan sempena aidilfitri ini juga dinyatakan untuk menghargai jasa penjawat awam yang telah berkhidmat semasa penularan covid-19.
Pengorbanan penjawat awam dari segi risiko dan masa adalah pengorbanan yang tidak terhingga kepada negara dan rakyat.
dengan itu, bantuan kewangan ini diberikan sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang telah menyumbangkan tenaga dan masa dalam usaha negara menangani wabak covid-19.
Dengan harapan, bantuan ini juga dapat menyuntik Kembali semangat kepada penjawat awam dalam menunaikan tanggungjawab dalam berkhidmat kepada negara.
sumber
Berita Harian