Tahukah anda, ePrestasi itu sebenarnya adalah satu aplikasi yang dilancarkan oleh KPM sendiri. ePrestasi ini adalah aplikasi di bawah sistem maklumat guru.
Sebelum ini, penilaian prestasi guru adalah dinilai melalui sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Kini dengan adanya ePrestasi, guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang telahpun dilaksanakan sejak tahun 2016 lagi.
PBPP adalah singkatan bagi penilaian bersepadu pegawai perkhidmatan pendidikan, dan merupakan satu penilaian yang memfokuskan kepada penilaian serta pembangunan prestasi dan potensi berdasarkan gred dan jawatan pegawai perkhidmatan Pendidikan ( PPP)
ePrestasi KPM dan PBPPP
aplikasi ePrestasi KPM boleh dilayari oleh semua pihak bagi mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui manual pengguna yang boleh didapati pada aplikasi tersebut.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai ePrestasi dan PBPPP :
Elemen apakah yang difokuskan dalam ePrestasi
- Kompentensi
- Potensi
- Keberhasilan berdasarkan Gred & Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas.
Matlamat PBPPP
Matlamat PBPPP adalah :
- PBPPP bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan bagi melahirkan PPP yang mempunyai prestasi yang tinggi
- Bagi menghasilkan penilaian yang menyeluruh yang menggabungkan kompetensi dan potensi PPP
- Bagi menyokong aspirasi bagi menuju kearah Pendidikan yang lebih berkualiti
Komponen instrumen
PBPPP terbahagi kepada tiga komponen instrumen seperti berikut :
- Generik – Komponen instrumen generik adalah dimana semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen serta aspek yang sama.
- Fungsional – Fungsional pula dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan bidang tugas PPP.
- Keberhasilan – komponen intrumen ini dinilai melalui peningkatan serta pencapaian hasil kerja berasaskan bidang tugas PPP.
Aras pencapaian
Penilaian PBPPP terbahagi kepada 4 iaitu :
- 0-59.99% ( Rendah)
- 60- 79.99% (sederhana)
- 80-89.99% (Tinggi)
- 90-100% (Cemerlang)
siapakah yang dapat mengakses laman sesawang ini?
Untuk pengetahuan, pihak yang dibenarkan untuk mengakses laman sesawang ini adalah jk pbppp dan pp yang dilantik sahaja.
Pihak yang dapat mengakses laman sesawang ini adalah dihadkan dan diketatkan bagi memastikan pihak berkenaan tidak menyalahgunakan laman sesawang ini.
Penilaian ePrestasi KPM
Penilaian ePrestasi dijalankan mengikut fasa, iaitu terbahagi kepada fasa prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.
berikut dikongsikan butiran 3 fasa penilaian ePrestasi :
Fasa pra penilaian
- Pengerusi JK PBPPP akan melantik ahli dalam JK PBPPP dalam organisasi serta mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
- JK PBPPP & PP hendaklah merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang telah dikeluarkan oleh KPM & agensi penyelia.
- Pengerusi juga hendaklah mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.
- JK PBPPP akan memutuskan pelantikan PP iaitu peringkat organisasi serta mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
- JK PBPPP melaksanakan taklimat atau pemakluman pelaksanaan PBPPP pada peringkat organisasi pada tahun semasa.
- Penyediaan perancangan pengurusan penilaian PBPPP bagi peringkat organisasi disediakan oleh JK PBPPP
- PP akan menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu
Fasa semasa penilaian
- PP1 & PP2 akan berbincang bersama PYD bagi menetapkan sasaran keberhasilan.
- PP1 & PP2 akan buat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
- PP1 & PP2 akan masukkan skor melalui sistem e-Prestasi dalam tempoh dua kali setahun.
- PP & PP2 memberitahu kepada PYD berkenaan pencapaian semasa serta memberikan bimbingan bagi meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.
- PP1, PP2 & PYD mneyemak semula sasaran komponen keberhasilan setelah selesainya penilaian pertama. (jika perlu sahaja)
- PP1 & PP2 menyimpan serta menghantar skor PYD menggunakan sistem e-Prestasi.
- PP1 & PP2 membuat salinan borang skor lalu menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian yang dibuat.
- PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan lalu menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian yang dibuat.
- JK PBPPP hendaklah memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Fasa pascapenilaian
- JK PBPPP hendaklah bermesyuarat bagi membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 & PP2.
- JK PBPPP hendaklah pastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar menggunakan sistem e-Prestasi.
- PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian dengan menggunakan Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut dan jika terdapat sebarang persoalan boleh terus menghubungi :
Telefon:
03-8884 7294/ 7287/ 72884
Atau layari