Geran Khas Prihatin Tambahan Di Bawah Pakej Permai (GKP Tambahan)

jom kongsikan :

Geran Khas Prihatin tambahan adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Perusahaan kecil dan sederhana adalah penting kepada negara, kerana dengan adanya PKS mikro ini pendapatan negara akan semakin bertambah.

Tambahan pula, PKS mikro adalah perniagaan kecil yang memerlukan banyak modal bagi meningkatkan kemajuan perniagaan dari pelbagai aspek, seperti dari peralatan teknologi,stok dan sewa kedai

Walaubagaimanapun selaras dengan keadaan negara yang sedang dilanda dengan penularan wabak Covid-19, banyak PKS mikro yang telah terjejas.

Oleh itu, kerajaan percaya sedikit sebanyak bantuan kewangan ini dapat meringankan beban PKS mikro di luar sana.

Siapa yang layak menerima GKP Tambahan

GKP tambahan akan diberikan kepada penerima;

  • GKP 1.0
  • GKP 2.0

Jumlah yang bakal diterima

Jumlah yang akan diterima bagi penerima GKP tambahan adalah seperti berikut:

  • Bagi PKS Mikro yang berada di negeri perintah kawalan pergerakan (PKP) akan menerima bantuan kewangan GKP tambahan sebanyak : RM1,000
  • Bagi PKS Mikro yang berada di negeri bukan PKP akan menerima bantuan kewangan GKP tambahan sebanyak : RM500

Tarikh terima

GKP tambahan akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada :

25 Mac 2021

Cara pembayaran GKP tambahan

Pembayaran GKP tambahan akan dikreditkan ke akaun simpanan penerima yang telah didaftarkan dan mempunyai status yang aktif sahaja.

Semakan kelayakan GKP tambahan

Bagi menyemak sama ada anda layak untuk menerima GKP ataupun tidak anda boleh melayari laman sesawang :

https://gkp.hasil.gov.my.

Pada tarikh 24 Mac 2021

Pembayaran gagal dikreditkan

Sekiranya status pembayaran GKP tambahan (PERMAI) gagal dikreditkan ke akaun anda, anda boleh mengemaskini maklumat akaun bank pada laman sesawang :

https://gkp.hasil.gov.my

bermula dari 5 Mei 2021 hingga 19 Mei 2021

Perbezaan antara GKP tambahan dan GKP 3.0

GKP tambahanGKP 3.0
Program di bawah PERMAIProgram di bawah PEMERKASA
Yang layak menerima adalah PKS mikro yang menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0Kelayakan :
– Harus menepati kriteria PKS mikro
– Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0
-permohonan baru ( 1-15 April)
– perniagaan yang berdaftar  
Jumlah : PKS(negeri PKP) – RM1,000               
PKS( negeri bukan PKP) –  RM500
RM1,000
Tarikh terima bayaran bermula dari 25 Mac 2021- 31 Mac 2021Jun 2021

Maklumat lanjut

sebarang persoalan dan maklumat lanjut sila layari :

https://gkp.hasil.gov.my.

atau hubungi talian : 03 89111 000

jom kongsikan :

Leave a Comment