Tarikh Sebenar Semakan Keputusan UPU Bagi Lepasan SPM Dan STPM/Setaraf

UPU adalah satu sistem permohonan atas talian bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi awam di Malaysia.

Baru-baru ini permohonan bagi UPU atas talian ini telah dibuka pada 4 Januari 2021 dan telah ditutup pada 7 April 2021.

Bagi membuat permohonan UPU, pemohon dikehendaki untuk membeli pin UNIK ID di BSN, namun kini, pemohon tidak perlu lagi membeli pin tersebut di BSN untuk memohon.

Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Tarikh penting UPU 2021

Berikut adalah tarikh penting berkaitan UPU 2021 :

4 Januari 2021 : permohonan UPU atas talian dibuka

7 April 2021 : permohonan UPU atas talian ditutup

April hingga Jun : temuduga lepasan SPM

May hingga Ogos : temuduga lepasan STPM/Setaraf

Minggu ke-3 Julai : hebahan keputusan UPU bagi lepasan SPM

9 Ogos hingga 12 Ogos : kemaskini permohonan bagi STPM/Setaraf

Minggu ke-3 September : hebahan keputusan UPU bagi lepasan STPM

Tarikh sebenar semakan keputusan UPU 2021

Bagi lepasan SPM tarikh sebenar semakan keputusan UPU 2021 belum dinyatakan lagi tetapi dijangkakan pada minggu ke-3 Julai 2021.

Manakala bagi lepasan STPM/Setaraf tarikh sebenar keputusan UPU 2021 adalah dijangkakan pada minggu ke-3 bulan September 2021.

Pautan Semakan Panggilan Temu Duga

Bagi pelajar yang memohon program pengajian bertemu duga boleh membuat semakan panggilan temu duga bermula 3 Mei 2021 pada pautan mengikut universiti pilihan masing-masing.

Berikut dikongsikan pautan mengikut universiti :

UPSI : https://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran
UiTM : https://www.online.uitm.edu.my
UKM : https://smp.ukm.my/etemuduga/semakan
UUM : http://uum.edu.my/kemasukan
UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my
ILJTM : https://www.jtm.gov.my/semakantemuduga

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut boleh menghubungi :

Talian Hotline : 03-8870-8200

Faks: 03-8870-6864

Alamat emel : upu@mohe.gov.my

Leave a Comment