Tahukah anda kesihatan adalah faktor utama yang perlu anda perhatikan bagi menjalankan aktiviti harian anda dengan baik?
Kesihatan yang baik akan memberikan anda tenaga yang baik untuk menjalani hari anda.
Jika kesihatan anda terjejas, sudah tentu anda akan mengalami gangguan dalam melakukan aktiviti harian anda, contoh apabila badan anda tidak sihat dan cergas anda akan kekurangan tenaga untuk menumpukan perhatian pada kerja anda. Secara tidak langsung prestasi pekerjaan anda juga akan merosot.
Sebelum anda mengambil langkah untuk menjaga kesihatan anda, anda perlu tahu apakah faktor yang menyebabkan kesihatan anda boleh terjejas.
Jadi apakah faktor yang boleh menjejaskan kesihatan?
Berikut kami kongsikan 3 faktor yang menjejaskan kesihatan bagi menjawab persoalan anda.
Tekanan yang berlebihan
Tekanan biasanya berpunca apabila seorang individu melakukan sesuatu melebihi had kemampuan dirinya, desakan masa seperti Tarikh akhir untuk menghantar suatu tugasan ataupun masalah lain yang selalu difikirkan oleh seseorang individu, contohnya, tekanan akan hadir pada seseorang yang memikirkan satu masalah yang berat atau lebih dari satu masalah seperti masalah kewangan. Hal-hal sebegini akan mendatangkan tekanan terhadap individu.
Tahukah anda bagaimana tekanan mempengaruhi kesihatan seseorang?
Jika seseorang individu tersebut menghadapi tekanan yang berlebihan, selalunya, individu tersebut akan hilang selera makan, menyebabkan kesihatan individu tersebut terjejas.
Selain itu, tekanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala lebih-lebih lagi hingga ke tahap muntah.
Adakah anda tahu tekanan yang berlebihan boleh diatasi dengan mudah?
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tekanan yang berlebihan seperti aktiviti rekreasi bersama keluarga atau pun saudara mara.
Kurang bersenam
Tidak dapat disangkal lagi, kesihatan yang baik dapat dikekalkan dengan senaman yang cukup. Buktinya, dapatkah anda lihat perbezaan bagi individu yang rajin bersenam dan individu yang kurang bersenam?
Individu yang kurang bersenam biasanya kurang aktif berbanding individu yang rajin bersenam hal ini kerana semakin kurang seseorang individu itu bersenam maka semakin berkurang tahap kecergasan individu tersebut.
Selain itu, tahukah anda dengan bersenam anda dapat mengurangkan dan mengelakkan pelbagai jenis penyakit, dengan bersenam anda akan lebih banyak mengeluarkan peluh dari badan.
Air peluh manusia mengandungi asid laktik, asid laktik adalah antara penyebab kesakitan otot. Oleh itu, dengan bersenam anda dapat menjaga kesihatan badan anda.
Pemakanan yang tidak seimbang
Masyarakat kini terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga mengabaikan pemakanan. Walhal dengan menjaga pemakanan dengan baik anda pasti akan dapat menjalani aktiviti harian anda dengan baik.
Segelintir masyarkat yang berkerja atau pelajar lebih suka mengambil makanan segera kerana ingin cepat tetapi mengabaikan kesihatan.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan kesihatan terjejas. antara kesan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah sehingga dapat menyebabkan obesiti,gastrik dan sebagainya.
Penjagaan pemakanan yang baik akan menjamin kesihatan seseorang individu bagi menjalankan aktiviti harian dengan baik. Penjagaan makanan seimbang boleh dilakukan berpadukan kepada piramid makanan.
Kesimpulannya, faktor-faktor ini adalah faktor yang kerap berlaku tanpa disedari individu yang mengalaminya, oleh itu, kita hendaklah menyayangi diri dengan menjaga kesihatan dan mengelakkan tiga faktor diatas demi kesihatan yang baik.