Cara Bayar Dan Semak Bil Sabah Electricity Online Terkini

Seperti yang kita tahu, membayar bil elektrik telah menjadi kewajipan kepada kita setiap bulan untuk membayarnya.

Ini bagi memastikan perkhidmatan bekalan elektrik di rumah tidak terputus yang boleh menganggu urusan dan keperluan harian kita.

Tapi ada segelintir masyarakat yang menghadapi kesukaran untuk keluar membayar bil elektrik di sebabkan pelbagai halangan seperti kekangan masa.

Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang tidak suka berurusan di luar dengan kesesakan orang ramai, perlu beratur dan sebagainya.

Di tambah pula dengan pandemik yang sedang melanda negara kita, ini menyebabkan semakin sukar dan berbahaya untuk keluar dari rumah.

Jadi bagaimanakah untuk membayar bil elektrik? Jangan risau kini dengan teknologi yang semakin maju anda boleh membayar elektrik anda di atas talian sahaja.

Berikut saya kongsikan panduan untuk membayar dan menyemak bil elektrik anda secara online.

Cara semak bil elektrik online

Jika anda ingin membuat semakan bil elektrik anda, anda tidak perlu untuk keluar rumah.

Kini dengan menggunakan telefon bimbit atau Komputer anda boleh menyemak bil elektrik anda yang penting anda mempunyai jaringan internet.

Berikut adalah cara yang anda boleh ikuti untuk menyemak bil elektrik anda.

  1. Pertama sekali anda perlu mengetahui kod stesen dan no akaun anda yang anda boleh dapati di bil elektrik dan invois anda.
  2. Seterusnya anda perlu melayari https://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK
  3. Kemudian masukkan kod stesen dan no akaun yang terdapat pada bil elektrik dan invois anda.
  4. Akhir sekali, maklumat mengenai pembayaran akan dipaparkan.

Cara bayar bil elektrik secara online

Anda bukan sahaja boleh menyemak bil elektrik secara online, anda juga boleh membuat pembayaran bil elektrik secara online.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran bil elektrik secara online.

Berikut adalah cara dan kaedah untuk membayar bil elektrik anda dengan hanya menggunakan telefon bimbit atau komputer.

  • Pembayaran melalui shopee

Shopee adalah antara aplikasi jual beli yang sangat popular di kalangan masyarakat dan sudah pasti ramai yang memiliki aplikasi ini di telefon bimbit mereka.

Tahukah anda aplikasi shopee ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil elektrik mengikut cara yang berikut:

  1. Muat turun aplikasi shopee di telefon bimbit anda.
  2. Kemudian pergi ke bahagian “deals,top-up & bills.
  3. Pilih “electricity”
  4. Masukkan no akaun dan amaun bayaran anda.
  5. Akhir sekali teruskan kepada pembayaran.
  • Pembayaran melalui CIMB

Seterusnya adalah kaedah pembayaran bil elektrik melalui CIMB.

  1. Anda perlu melayari pautan CIMB : https://www.cimbclicks.com.my
  2. Kemudian masukkan id pengguna dan kata laluan CIMB Clicks.
  3. Klik pada “Pay Bills”
  4. Pilih kepada Sabah Electricity SDN BHD.
  5. Masukkan kod stesen dan no akaun bil yang tertera pada bil elektrik anda.
  6. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin bayar.
  7. Akhir sekali anda boleh teruskan kepada pembayaran.

Berikutlah panduan untuk membuat pembayaran serta semakan bil elektrik secara online.

Mudah bukan? Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar bagi membuat pembayaran kerana anda boleh melakukannya dengan menggunakan telefon bimbit anda dengan lebih mudah.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut mengenai bil elektrik anda boleh menghubungi SESB melalui:

Talian SESB CARELINE: 15454/088-515 000

Emel : komersil@sesb.com.my

Talian hotline myGCC: 03-8000 8000

Leave a Comment