Pinjaman Peribadi??? Bagus Ke?? Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi dengan rakyat di negara kita bukanlah satu perkara yang asing. Malah, boleh dikatakan hampir 80% dari kita pasti pernah melakukan pinjaman peribadi. Salah satu sebab kenapa ramai orang melakukan pinjaman peribadi adalah kerana, ia blh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Apa Yang Di Maksudkan Dengan Pinjaman Peribadi?

Dalam pada masa yang sama pasti anda tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi adalah wang yang anda pinjam dengan syarikat intitusi kewangan yang berdaftar atau dengan pihak bank. Pinjaman peribadi ini berbeza dengan pinjaman-pinjaman yang lain.

Pinjaman peribadi ini anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti buat modal perkahwinan, membeli kereta, membayar hutang Ptptn, melancong dan bermacam lagi. Senang cerita dia tidak terikat untuk satu jenis pinjaman sahaja.

Jenis Pinjaman Peribadi Yang Perlu Anda Tahu

Sebenarnya, ada dua jenis pinjaman peribadi yang perlu anda tahu.

Dua jenis pinjaman peribadi ini di guna pakai oleh intitusi kewangan berdaftar seperti bank.

Malah, setiap pinjaman peribadi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Antara jenis pinjaman peribadi tersebut ialah

  1. Pinjaman Peribadi Bercagar
  2. Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

1.Pinjaman Peribadi Bercagar

Pinjaman peribadi bercagar adalah sejenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran sama ada barang atau harta benda.

Pinjaman peribadi bercagar ini berlaku apabila individu yang hendak meminjam mempunyai rekod kredit yang lemah.Namun begitu, pinjaman jenis ini antara yang mendapat sambutan kerana kadar faedahnya yang rendah iaitu sekitar 12% setahun.

Tetapi, dalam seronok milih pinjaman peribadi jenis ini satu perkara yang perlu anda tahu iaitu jika anda tidak mampu membayar bayaran bulanan yang ditetapkan barang cagaran anda akan dirampas dan penjamin anda terpaksa menanggung segala pembayaran bulanan anda.

Jadi, anda perlulah fikir sedalam-dalamnya sebelum hendak membuat pinjaman peribadi jenis ini.2

2.Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

Pinjaman peribadi tidak tidak bercagar pula merupakan antara jenis pinjaman yang sangat popular pada masa kini dan ramai yang memilih untuk membuat pinjaman jenis ini.

Ini kerana, pinjaman jenis ini tidak memerelukan sebarang penjamin dan juga cagaran.

Bukan itu sahaja, pinjaman jenis ini juga sangat mudah diluluskan lebih-lebih lagi jika anda memenuhi kriteria yang di tetapkan oleh bank atau institusi kewangan.

Baca : Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Sebab Apa Ramai Orang Memilih Untuk Membuat Pinjaman Peribadi?

Persoalan sebegini pastinya bermain di minda merak di luar sana.

Terutama sekali mereka yang baru bekerja.

Sebenarnya, ada bermacam sebab kenapa pinjaman peribadi ini sentiasa sahaja menjadi pilihan ramai.

Malah, boleh dikatakan setiap bulan pasti ada yang memilih untuk membuat pinjaman peribadi. Antara sebabnya ialah

Sebab #1-     Kelulusan Dalam Masa yang Cepat

Pinjaman peribadi ini sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan wang dalam masa terdekat.

Biasanya, proses dia hanya makan masa selama 3 hari sehingga 1 minggu jika anda kena dengan kriteria yang di tetapkan.

Berbeza pula dengan pinjaman lain yang kadang kala mengambil masa sampai berbulan-bulan untuk dapatkan wang.

Sebab #2-     Tidak Terhad Untuk Satu Kegunaan

Salah satu sebab kenapa ramai yang suka membuat pinjaman ialah ia tidak terhad untuk satu tujuan sahaja.

Anda boleh menggunakan pinjaman peribadi untuk pelbagai tujuan.

Seperti, buat modal perkahwin, membeli kereta baru atau terpakai, membayar hutang Ptptn, dan melancong.

Sudah tentu ia memudahkan buat mereka di luar sana untuk mendapatkan wang.

Sebab #3-   Tidak Memerlukan Cagaran

Kebiasanya, kebanyakkan bank atau institusi kewangan akan menawarkan pakej pinjaman peribadi tanpa sebarang cagaran.

Ia sudah tentu memudahkan mereka yang hendak meminjam wang supaya tidak perlu mencari orang untuk menjadi penjamin atau tidak perlu mencagarkan barang atau harta mereka.

Antara Tujuan Orang Membuat Pinjaman Peribadi

Sebenarnya, kebanyakkan mereka di luar sana membuat permohonan pinjaman peribadi atas beberapa tujuan.

Ia kerana, pinjaman peribadi sangat mudah di luluskan dan hanya memerlukan dokumen yang ringkas sahaja. Antara tujuan tersebut ialah:

1-Untuk Tujuan Membiayai Kos Perubatan

Saban tahun, kos perubatan semakin mahal.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembedahan.

Sudah pasti ia sangat mahal. Bagi yang tidak mempunyai simpanan ia sudah tentu agak membeabnkan anda.

Justeru itu, ramai yang memilih untuk membuat pinjaman peribadi bagi tujuan membiayai kos rawatan di hospital.

2-Untuk Mengubah Suai Rumah

Ada juga yang membuat pinjaman peribadi untuk mengubah suai rumah mereka.

Kos untuk ubah suai rumah bukanlah satu kos yang murah.

Disebabkan itu, ada yang membuat keputusan untuk membuat pinjaman peribadi bagi menampung kos pengubah suaian rumah mereka.

3-Untuk Tujuan Perkahwinan

Kos perkahwinan di negara kita bukanlah satu kos yang sedikit. Malah ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan perkahwinan yang mewah dan sempurna.

Namun, adakah dengan mengambil pinjaman peribadi untuk membayar kos perkahwinan anda adalah keputusan yang bijak dan terbaik?

Dalam situasi yang tertentu, pinjaman peribadi dapat mempercepatkan tarikh perkahwinan anda.

Setidaknya, dengan membuat pinjaman peribadi ia sedikit sebanyak dapat menampung kos perkahwinan anda.

Apa Pula Kebaikkan Jika Membuat Pinjaman Peribadi?

Sebenarnya, pinjaman peribadi ini mempunyai kebaikkannya yang tersendiri. Malah, pinjaman peribadi ini dapat membantu sekiranya kita sedang memerlukan kewangan. Antara kebaikkan pinjaman peribadi yang perlu anda tahu ialah:

1-Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Tujuan

Salah satu kebaikkan pinjaman peribadi yang perlu anda tahu ialah, pinjaman peribadi ini sebenarnya sangat unik dan sangat berbeza berbanding pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman perumahan, beli kenderaan dll. Ini kerana, sewaktu memohon pinjaman, anda tidak perlu menyatakan atas tujuan apa pinjaman dibuat. Dalam erti kata lain ada boleh gunakan wang tersebut ikut suka hati anda.

2-Untuk Tujuan Simpanan atau Pelaburan

Pinjaman peribadi sebenarnya salah satu cara mudah untuk anda membuat simpanan. Ada yang memohon pinjamn peribadi untuk simpanan mereka sama ada di ASB atau di dalam bank. Ada juga yang membuat pinjaman peribadi untuk menampung pembelian rumah. Sebenarnya, cara ini juga salah satu pelaburan yang menguntungkan.

Mana tidaknya, harga rumah saban tahun semakin meningkat dan permintaan rumah sewa juga semakin tinggi. Di sebabkan itu, ada yang sanggup membuat pinjaman peribadi untuk menampung sebahagian pembelian rumah mereka dan setiap bulan selepas ditolak dari bayaran bulanan rumah mereka masih lagi boleh dapatkan keuntungan.

3-Sebagai Salah Satu Cara Untuk Melonjakkan “Credit Score” Anda

Ini antara sebab yang popular kenapa ramai orang suka membuat pinajaman peribadi. Rasanya, pasti anda mengetahui apabila anda hendak membuat permohonan pinjaman kereta biasanya, pihak bank akan bertanyakan dengan anda tentang pinjaman-pinjaman yang lain yang pernah anda buat.

Ini kerana, sewaktu anda hendak memohon pinjaman, “Credit Score” merupakan penanda aras yang digunakan oleh pihak bank untuk menilai prestasi kewangan anda. Biasanya, pihak bank agak sukar memberi pinjam kepada mereka yang tidak mempunyai rekod hutang dengan mana-mana institusi kewangan.

Ini kerana, pihak bank, tidak dapat menilai prestasi kewangan anda. Disebabkan itu, ramai yang membuat pinjaman peribadi sebagai salah satu cara untuk melonjakka “Credit Score” mereka supaya mudah untuk mereka membuat pinjaman.

Tidak Kiralah Apa Tujuan Anda Membuat Pinjaman Peribadi, Anda Perlulah Memohon Mengikut Kemampuan Anda

Kesimpulannya, walaupun pinjaman peribadi ini mudah untuk diluluskan tetapi anda perlulah memohon mengikut kemampuan anda. Elakkan dari memohon jumlah yang boleh menjeratkan diri anda ke dalam bebanan hutang.

Bak kata perpatah “Ukur Baju Di Badan Sendiri”. Jangan meminjam sekiranya anda tidak memerlukan wang. Jika anda hendak meminjam, nilai dahulu kemampuan anda, lihat dahulu sama ada gaji anda mampu untuk menampung bayaran bulanan pinjaman anda atau tidak.

Leave a Comment