Berita baik kepada pengusaha atau penggiat industri sukan dan rekreasi komersial terutamanya yang terjejas dengan penularan wabak covid-19 yang semakin serius di Malaysia.
Kita semua tahu dengan tularnya wabak tersebut telah mendatangkan kesan yang buruk seperti kerugian dan telah menjejaskan banyak golongan.
Pengusaha atau penggiat industri sukan dan rekreasi komersial yang menjalankan perkhidmatan atau operasi industri sukan juga tidak terlepas daripada terkesan dengan penularan wabak tersebut.
Dengan itu, kementerian Belia dan sukan sedar dengan keadaan tersebut dan menyediakan satu inisiatif bagi penggiat industri sukan bagi meringankan beban penggiat industri sukan di Malaysia.
Bantuan ini adalah khas kepada penggiat industri sukan di Malaysia di samping membantu meningkatkan lagi sinergi kepada penggiat industri sukan demi penggiat industri sukan dan sukan Malaysia.
Apa itu GPIS?
GPIS adalah singkatan kepada Geran Prihatin Industri Sukan iaitu satu inisiatif daripada Menteri Belia dan Sukan bagi meringankan sedikit beban pengusaha atau penggiat industri sukan dan rekreasi komersial.
Inisiatif ini dilaksanakan berkenaan dengan keadaan penularan wabak Covid-19 yang sangat serius di Malaysia dan telah menjejaskan penggiat industri sukan di Malaysia.
Permohonan bagi bantuan ini akan terbuka kepada pengusaha dan penggiat industri sukan yang menjalankan perkhidmatan atau operasi industri sukan di Malaysia.
Objektif
Inisiatif ini dilaksanakan dengan objektif seperti berikut:
- Bagi meringankan beban penggiat industri sukan serta memberi impak kepada industri sukan Malaysia.
- Bagi menyuntik sinergi kepada penggiat industri sukan Malaysia untuk menstabilkan semua perniagaan kearah pasca Covid-19.
- Bagi memperkukuhkan kerjasama pintar bersama pemain serta penggiat industri sukan melalui kerjasama strategik.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan bagi GPIS ini adalah bernilai RM3,000 dan akan dikreditkan secara one-off kepada penerima.
Siapakah yang layak memohon?
Berikut adalah kriteria permohonan bagi bantuan GPIS.
- Mempunyai perniagaan atau syarikat yang sah dan berdaftar di Malaysia;
- Pemohon mempunyai Perusahaan Kecil Sederhana yang mempunyai hasil pendapatan dibawah RM20 Juta.
- Perniagaan atau syarikat mempunyai jumlah pekerja yang bekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
- Pemohon menjalankan perkhidmatan yang berorientasikan industri sukan.
- Pemohon adalah berdaftar secara sah di dalam sistem CIMS 3.0 (notification.miti.gov.my) .
- Pemohon perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
- Pemohon mestilah masih aktif menjalankan perniagaan.
Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati kriteria permohonan boleh membuat permohonan bermula 31 Ogos 2021 mengikut cara permohonan yang berikut.
Anda boleh membuat permohonan melalui dua cara iaitu melalui permohonan online ataupun melalui Email.
- Melalui Online
Untuk membuat permohonan secara online anda hanya perlu melayari pautan berikut:
http://gpis.kbs.gov.my/t_permohonan/permohonan_add.php
Kemudian isikan maklumat anda dengan lengkap sebelum menghantar permohonan.
2. Melalui Email
Untuk membuat permohonan melalui email anda perlu Muat turun borang permohonan terlebih dahulu.
http://www.kbs.gov.my/phocadownload/2021/GPIS/MANUAL_FORM_01082021_GPIS.pdf.
Kemudian isikan borang permohonan dengan lengkap dan betul serta sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Akhir sekali hantar borang permohonan anda berserta dengan dokumen sokongan ke alamat email berikut : gpis@kbs.gov.my.
Dokumen sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan GPIS.
- 1 salinan sijil pendaftaran serta profil perniagaan atau syarikat yang sah dan dikeluarkan oleh SSM kecuali perniagaan di Sabah dan Sarawak.
- 1 salinan sijil pendaftaran ataupun lesen atau permit PBT bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak.
- 1 Salinan Akaun atau maklumat ataupun penyata bank perniagaan yang terkini.
Maklumat lanjut
Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut anda boleh melayari pautan berikut :
http://gpis.kbs.gov.my/makluman.php
atau hubungi,
Tel : 03-8871 3585 / 03-8871 3246
Emel : gpis@kbs.gov.my