Perkara Penting Perlu Anda Ketahui Sebelum Membuat Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi sememangnya satu alternatif yang baik untuk membantu anda apabila anda memerlukan wang dalam masa yang segera dengan tujuan peribadi.

Sebagai contoh, untuk tujuan perkahwinan,untuk membuat rumah atau untuk membantu keluarga dan pelbagai lagi keperluan peribadi yang lainnya.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang anda perlu ketahui sebelum membuat pinjaman peribadi, bagi memudahkan anda memilih bank yang terbaik untuk membuat pinjaman.

Apakah aspek yang perlu anda ketahui sebelum membuat pinjaman peribadi?

Berikut kami kongsikan kepada anda perkara yang anda perlu tahu.

Kriteria kelayakan pinjaman peribadi

Pinjaman peribadi sememangnya mengenakan kriteria yang ketat yang perlu ada tepati apabila anda hendak membuat pinjaman :

  • Pemohon mestilah merupakan warga negara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun dan keatas. Tetapi ini bergantung kepada jenis bank terdapat bank yang mengenakan syarat umur 18 tahun dan keatas dibolehkan memohon
  • Mempunyai pendapatan bulanan yang tetap
  • Mempunyai akaun bank yang aktif

Caj pembayaran awal

Apabila anda telah membuat pinjaman peribadi,anda akan menerima kontrak tempoh masa pembayaran semula, dan anda sepatutnya membayar semula dalam tempoh tersebut.

Tetapi bagaimanakah jika anda ingin membuat bayaran lebih awal?

Suda tentu anda boleh membuat bayaran lebih awal. Tapi perlu anda ketahui apabila anda membuat bayaran lebih awal anda akan dikenakan caj tambahan, dengan sekurang-kurangnya kadar peratus 2%-3% daripada jumlah baki yang tertunggak.

Hal ini berikutan kerana apabila anda mengambil keputusan untuk membuat bayaran lebih awal, pihak pemberi pinjaman akan gagal mendapat kadar faedah penuh yang pihak pemberi pinjaman akan dapat jika meneruskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Caj pembayaran lewat

Bagaimana pula jika anda membuat bayaran lewat dari masa yang sepatutnya anda  bayar?

Berkemungkinan anda akan dikenakan caj pembayaran lewat. Tetapi ini bergantung dengan keadaan.

Terdapat juga beberapa kemungkinan yang akan berlaku jika anda membayar pinjaman lewat dari tempoh yang telah ditetapkan, anda kemungkinan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, baki kredit di dalam bank anda juga akan di ambil tetapi ini bergantung kepada jenis bank. Kerana bank pemberi pinjaman hendaklah sama dengan bank kredit anda untuk pemberi pinjaman memotong baki kredit dalam akaun anda.

Tempoh bayaran

sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi,anda juga perlu tahu tempoh bayaran bagi pinjaman yang anda akan buat.

Tahukah anda tempoh bayaran bagi pinjaman peribadi adalah berbeza mengikut sektor.

Secara umumunya,bagi sektor swasta tempoh pembayaran adalah lebih rendah berbanding sektor kerajaan iaitu dengan tempoh pembayaran semua 1 hingga 7 tahun bagi sektor swasta dan 1 hingga 25 tahun bagi sektor kerajaan.

Kesimpulannya, anda perlulah mengetahui dan memahami  perkara diatas dengan sebaik mungkin bagi memudahkan proses anda dalam membuat pinjaman dan menjawab kekeliruan anda dalam pinjaman peribadi.

Leave a Comment