Tarikh Rasmi Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa di Malaysia tahun 2018

Hari Ibu dan Hari Bapa merupakan hari yang wajib untuk dirayakan setiap tahun oleh insan yang bergelar anak. Ibu dan Bapa layak untuk menerima penghargaan daripada anak mereka berikutan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Anak yang menghargai jasa ibu dan bapanya pasti telah mengetahui tarikh sambutan hari ibu dan bapa pada tahun ini. Walau bagaimanapun, tidak mustahil masih ada yang belum mengetahui tarikh rasmi sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Oleh itu, Infoumum telah menyertakan tarikh rasmi sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai peringatan dan pemberitahuan bagi yang masih belum mengetahui bila tarikh sambutan rasmi tersebut.

Lazimnya, sambutan Hari Ibu adalah pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei, dan sambutan Hari Bapa pula adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun. Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa tidak semestinya disambut pada hari-hari tertentu sahaja, anggaplah setiap hari itu adalah hari yang istimewa bagi mereka.

Perkara yang paling penting untuk diingati, ibubapa kita tidak mengharapkan sambutan yang mewah dan hadiah-hadiah yang mahal. Cukuplah sekadar kita sentiasa ada disaat mereka memerlukan dan sentiasa membuat mereka gembira dan bahagia.

Tarikh Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa 2018 seluruh Malaysia

Sambutan Tarikh Rasmi Hari
Hari Ibu 13 Mei 2018 Ahad
Hari Bapa 17 Jun 2018 Ahad

Semoga bermanfaat kepada kita semua. Hargailah insan yang telah bersusah payah membesarkan kita di dunia. Selamat Menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa!