Jabatan Imigresen Malaysia telah memberi kemudahan kepada seluruh warganegara Malaysia dengan menurunkan kadar harga bagi pembuatan passport. Kadar harga untuk membuat passport atau memperbaharui passport adalah sebanyak RM200 sahaja iaitu terjadinya pengurangan sebanyak RM100 untuk tempoh lima tahun. Sebelum ini, passport Malaysia hanya sah selama dua tahun sahaja.
Kadar bayaran utuk kanak-kanak dan warga emas dikenakan bayaran sebanyak RM100 sahaja berbanding sebelumnya iaitu RM150. Begitu juga dengan Jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji.
Kadar bayaran harga buat passport berkuatkuasa bermula 15 Januari 2015 sehingga sekarang.
Kadar Harga Buat Passport Antarabangsa Malaysia
Kategori | Kadar Bayaran |
Pemohon berumur antara 13 hingga 59 tahun | RM200 |
Pemohon berumur antara 60 tahun dan keatas | RM100 |
Pemohon berumur antara 12 tahun dan kebaawah | RM100 |
Jemaah Haji | RM100 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | PERCUMA |
Pembaharuan Passport Secara Atas Talian
- MyOnline Passport merupakan platform yang memberi kemudahan dan menjimatkan masa seluruh warganegara Malaysia untuk membuat permohonan dan memperbaharui passport Antarabangsa Malaysia secara atas talian.
- Kaedah pembayaran boleh dibayar menerusi Kad Kredit atau Debit Terus (FPX).
- Passport yang dipohon boleh diambil di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan berdasarkan kepada sistem. Dalam masa yang sama tarikh dan masa pengambilan akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat oleh pemohon.
- Waktu serahan adalah sebelum jam 3 petang hari bekerja pada hari yang sama. Waktu serahan bagi permohonan selepas jam 3 petang adalah jam 10 hari berikutnya.
- Untuk permohonan secara atas talian sila klik pautan berikut:
Klik: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
- Untuk pemohon yang pertama kali membuat permohonan, sila baca garis panduan yang disertakan dalam pautan berikut:
Klik:http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport
Maklumat Berkaitan Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Semakan juga boleh dibuat berkaitan perkara berikut:
- Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia-Senarai Hitam (SSPI)
- Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
- Semakan Status permohonan Permit Masuk (MyOnline Permit)
- Semakan Permohonan Pembantu Rumah/Pekerja Asing
- Perkhidmatan Secara Online
- Lain-lain Semakan
Sila klik pautan berikut untuk masuk ke halaman Rasmi Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia: http://www.imi.gov.my
Semoga setiap maklumat yang disampaikan menerusi halaman ini berkaitan Pembaharuan Passport Secara Atas Talian dan Kadar Harga Terkini Buat Passport 2018, memberi kemudahan kepada semua.