Jadual tarikh pembayaran pencen bulanan bagi pesara kerajaan tahun 2018 ini adalah dirujuk daripada Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tarikh pembayaran pencen ini dipaparkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan pesara kerajaan untuk membuat rujukan dengan mudah. Sebagai rujukan dan semakan ianya memudahkan pesara dan waris pesara untuk menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih mudah.
Pembayaran pencen dibayar sekali sahaja dalam sebulan. Ianya masih tertakluk kepada pindaan semasa. Jadual dibawah merupakan tarikh pembayaran pencen pesara dalam Jabatan Perkhidmatan Awam untuk seluruh Negeri di Malaysia.
Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan tahun 2018
Bulan | Tarikh Pembayaran Pencen | Hari Pembayaran Pencen |
Januari | 18.01.2018 | Khamis |
Februari | 07.02.2018 | Rabu |
Mac | 21.03.2018 | Rabu |
April | 19.04.2018 | Khamis |
Mei | 21.05.2018 | Isnin |
Jun | 06.06.2018 | Rabu |
Julai | 19.07.2018 | Khamis |
Ogos | 13.08.2018 | Isnin |
September | 20.09.2018 | Khamis |
Oktober | 18.10.2018 | Khamis |
November | 21.11.2018 | Rabu |
Disember | 20.12.2018 | Khamis |
Maklumat Penting Berkaitan Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2018
- Dibawah Skim B, pesara boleh melantik seorang wakil untuk membantu pesara dengan urusan pencen dengan pihak Bank.
- Surat Pengesahan sama ada oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta, Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah berkenaan dengan keuzuran pesara haruslah dilampirkan bagi melayakkan wakil pesara dilantik.
- Untuk pelantikan wakil diri, pesara perlu memohon kepada Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui borang. Untuk muat turun borang, sila klik pautan tersebut:
Klik pautan: http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SKP/JPA.BP.SKP.B07.pdf
- Pelantikan wakil sah selama satu tahun sahaja. Walau bagaimanapun, setelah tempoh sah tamat, wakil masih boleh dilantik sekiranya diperlukan oleh pesara.
- Notis sekurang-kurangnya dua bulan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya pesara ingin menukar akaun bank. Hal ini bagi mengelakkan bayaran pencen kepada pesara terputus.
- Sekiranya buku akaun bank pesara telah hilang, akaun baru hendaklah dibuka di bank yang sama agar pembayaran boleh dipindahkan ke akaun bank yang baru.
- Pesara atau penerima pencen tidak digalakan untuk membuka akaun di bank lain kerana bayaran pencen mungkin akan tergendala.
Semoga maklumat ringkas berkenaan dengan pembayaran pencen pesara kerajaan di halaman ini membantu individu yang memerlukan.