Tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dilaksanakan bagi membantu pemulihan negara akibat penularan wabak Covid-19.
Dalam tempoh ini, kerajaan sedar pasti ramai usahawan dan perniagaan yang akan terjejas akibat pelaksanaan PPN.
Dengan itu salah satu inisiatif pembiayaan perniagaan telah di buka bagi memberi pembiayaan perniagaan kepada usahawan yang terjejas dan memerlukannya.
PUNB atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad telah menawarkan pembiayaan perniagaan ini dengan jumlah sehingga RM10 Juta.
Bagi memudahkan anda, berikut di kongsikan sedikit informasi berkenaan pembiayaan perniagaan PUNB.
Pembiayaan perniagaan PUNB
Pembiayaan perniagaan ini di tawarkan oleh PUNB atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad kepada usahawan dan perniagaan yang memerlukan pembiayaan perniagaan.
Pembiayaan yang di tawarkan juga adalah sehingga RM10 Juta.
Tahukah anda, PUNB telah ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah akta syarikat 1965 milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).
Agensi ini juga telah di tubuhkan bertujuan untuk meningkatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang dinamik, berdaya tahan,progresif serta berjaya.
Pakej pembiayaan
Berikut adalah pakej pembiayaan bagi pembiayaan perniagaan PUNB :
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan bagi pembiayaan yang di tawarkan adalah bermula dari RM100 ribu sehingga RM10 juta.
Pembiayaan terhad kepada maksimum RM300 ribu bagi entiti milikan tunggal ataupun perkongsian.
Jumlah tersebut tidak termasuk perniagaan stesen minyak, bagi perniagaan stesen minyak pembiayaan maksimum sehingga RM500 ribu.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun.
Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada kegunaan pembiayaan ( 5% – 8% )
Syarat kelayakan
Untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB anda hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan yang berikut.
- Syarikat merupakan entiti milikan tunggal atau perkongsian atau syarikat diperbadankan.
- Syarikat dimiliki oleh bumiputera.
- Pendapatan dan jualan tahunan tidak kurang daripada RM300 ribu.
- Syarikat ataupun perniagaan hendaklah telah beroperasi 18 bulan dan ke atas.
- Syarikat memiliki rekod kewangan yang terkini dan sah.
Cara memohon
Untuk memohon pembiayaan perniagaan ini anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Layari laman web PUNB pada pautan yang berikut:
- Klik pada “Pendaftaran”
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Kemudian klik semak pada kad pengenalan anda.
- Akhir sekali hantar rancangan perniagaan anda kepada pihak PUNB melalui email seperti berikut:
Keistimewaan pembayaran
Berikut adalah keistimewaan pembiayaan yang ditawarkan oleh PUNB:
- Rebat duti setem ke atas surat cara atau dokumen pembiayaan.
- Cagaran pembiayaan yang minimum.
- Rebat pembiayaan (tertakluk kepada terma dan syarat)
- Proses penilaian yang telus dan di percayai.
- Pembiayaan perniagaan patuh syariah.
Maklumat lanjut
Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut berkenaan pembiayaan perniagaan PUNB adalah boleh menghubungi:
Talian : 1-300-13-7862
Email : customerservice@punb.com.my.