Permohonan Bantuan Penjaja & Peniaga Kecil RM300 MBI

Penularan wabak Covid-19 yang serius di Malaysia telah menjejaskan pelbagai pihak termasuklah penjaja dan peniaga kecil.

Ramai peniaga kecil yang tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaan sehingga hilang punca pendapatan dan tidak dapat meneruskan perniagaan.

Sedar dengan keadaan ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 pada 2 Jun 2021.

Antaranya adalah bantuan one-off yang berjumlah RM300 bagi penjaja dan peniaga kecil yang berlesen.

Bantuan One-off Covid-19 RM300 MBI

Bantuan ini adalah bagi meringankan beban golongan berkenaan seperti penjaja dan peniaga kecil yang terjejas semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Penjaja dan peniaga kecil serta pasar awam yang telah berlesen di bawah Majlis bandar Raya Ipoh (MBI), anda boleh membuat permohoan untuk bantuan ini bagi meringankan beban anda.

Kriteria Permohonan

Berikut adalah kriteria permohonan yang diperlukan bagi memohon bantuan penjaja dan peniaga kecil MBI :

  • Pemohon hendaklah merupakan penjaja/ peniaga kecil/ peniaga pasar awam.
  • Mempunyai lesen yang aktif di bawah Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Berlesen dengan MBI setakat Jun 2021.

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon:

  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata bank/ buku bank

Cara Memohon

Untuk memohon anda boleh memohon secara atas talian di pautan yang berikut:

https://www.mbi.gov.my/perniagaan/bantuan-one-penjaja-dan-peniaga-kecil

anda juga boleh menyerahkan Salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank anda pada kaunter pandu lalu di Permit Pandu Lalu (PPS) setiap hari Khamis bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari.

Atau,

Hantar kemukakan permohonan anda pada talian whatsapp berikut:

Whatsapp : 01156769612

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula 7 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Sabtu dan tarikh akhir permohonan adalah pada 30 September 2021.

Info penting

  • Mana-mana pemohon yang telah memohon dan telahpun menerima bantuan one-off RM300 daripada PBT yang lain, adalah tidak layak untuk memohon dengan MBI.
  • Pemohon hendaklah memuat naik dokumen permohonan yang lengkap dan jelas serta merupakan milik sendiri dan bukan lah milik individu lain.
  • Dokumen kad pengenalan hendaklah di muat naik dengan jelas, betul dan lengkap serta bukan milik individu lain dan milik pemegang lesen sendiri.
  • Pemohon tidak perlu muat naik lesen perniagaan atau apa-apa dokumen lain selain dari kad pengenalan dan penyata bank/buku bank.
  • Pastikan anda mengemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi bersama dengan permohonan anda.
  • Permohonan yang lengkap akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan.

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi:

Hotline : 05-2058047

Leave a Comment