Pakej Prihatin Rakyat Program Subsidi Upah Perkeso

Program Subsidi Upah atau Wage Subsidy merupakan subsidi upah yang berjumlah RM600 sebulan yang mana upah subsidi tersebut dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka.

Subsidi upah ini hanya akan memanfaatkan seramai 200 pekerja sahaja bagi tempoh maksima 3 bulan.

Program Subsidi Upah ini adalah bantuan kewangan kepada majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih daripada 50% untuk mengekalkan pekerja, di mana majikan menerima subsidi RM600 sebulan bagi seorang pekerja.

Kenapa program ini diperkenalkan?

Program Subsidi Upah ini diperkenalkan sebagai langkah Kerajaan membantu majikan agar mengekalkan pekerja dalam syarikat mereka selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Subsidi Upah telah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada jumlah pekerja) daripada RM600 pada mulanya.

Jumlah RM600 ini dikekalkan sekiranya sesebuah syarikat tersebut mempunyai jumlah pekerja seramai 200 orang.

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja seramai 76 orang sehingga 200 orang, maka majikan akan menerima subsidi sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Manakala untuk syarikat yang mempunyai jumlah pekerja seramai 75 orang majikan akan menerima upah subsidi sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

Syarikat-syarikat akan memperolehi lebih banyak manfaat dan bantuan melalui penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan ini.

Bantuan ini tidak sama dengan Bantuan Prihatin Nasional sila baca mengenai BPN seacara terperinci dan cara memohonnya.

Siapa yang layak menerima bantuan ini ?

  • Bantuan ini hanya terhad kepada 200 orang pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah, dan berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerja (SIP).
  • Majikan hendaklah membuat akuan syarikat yang menyatakan bahawa syarikat mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  • Majikan tidak membuang atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh tiga bulan selepas program dilaksanakan.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada

Senarai Dokumen yang diperlukan

Majikan hendaklah menyediakan senarai dokumen lengkap seperti yang dinyatakan berikut:

  1. Senarai Nama Pekerja (terhad kepada 200 orang pekerja sahaja)
  2. Maklumat Akaun Bank Majikan (lampirkan muka hadapan sahaja)
  3. Salinan MyCOID atau Pengenalan Pendaftaran Bank Panel Majikan
  4. Salinan Pendaftaran SSM/ROS/ROB
  5. Akuan Pengisytiharan PSU50
  6. Lampirkan Bukti Sokongan (Penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau dokumen pengisytiharan berkaitan lain.

Senarai yang tidak layak menerima SUBSIDI UPAH

Program ini bukan untuk semua pekerja seperti yang telah dimaklumkan oleh PERKESO. Pekerja yang tidak layak menerima bantuan ini adalah:

  1. Majikan dan pekerja yang masih belum mendaftar/mencarum dengan SIP PERKESO;
  2. Pekerja yang sama telah memperolehi bantuan kewangan ERP pada bulan yang sama;
  3. Pendapatan bulanan pekerja lebih daripada RM4,000 sebulan;
  4. Telah diberhentikan kerja;
  5. bekerja dalam sektor awam, badan berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  6. Bekerja sendiri (tiada majikan);
  7. Freelancers;
  8. Pekerja asing dan pegawai dagang

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan melalui https://prihatin.perkeso.gov.my/ bermula 1 April 2020. Bayaran subsidi akan dikreditkan terus ke dalam akaun majikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari dari tarikh permohonan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian seperti yang tertera di bawah:

  • 03-8091 5100
  • 03-4264 5555
  • 1-300-22-8000

(Sila ambil perhatian, laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/sedang dalam proses penyelenggaraan teknikal buat masa ini. Laman web ini akan dapat diakses semula pada 9 April 2020)