Pinjaman Peribadi AEON CREDIT 2020

Pinjaman Peribadi AEON Credit adalah pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh  AEON Credit Service Malaysia khas untuk kakitangan organisasi sektor kerajaan, organisasi sektor swasta, atau individu yang bekerja sendiri.

Pembiayaan peribadi Islamik ini tidak memerlukan penjamin dan tanpa cagaran untuk tempoh pinjaman sehingga 7 tahun dengan jumlah pembiayaan mencecah sehingga RM100,000.

Umur18 tahun hingga 65 tahun
GajiRM1,500 sebulan (Minimum)
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM100,000
Kadar Faedah0.66 Sebulan
Tempoh Pembiayaan6 Bulan hingga 64 Bulan
CagaranTanpa Penjamin
StatusWarganegara Malaysia

Kadar faedah adalah bergantung kepada jumlah pembiayaan yang dipohon dan status pemohon sama ada pemegang Kad Kredit AEON, pemegang Kad AEON Express, atau bukan pemegang mana-mana kad. Pemohon yang memegang kad AEON akan menerima kelebihan dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Apakah Kelebihan Yang Ada Pada Pakej Pembiayaan Peribadi AEON Credit?

  1. Jumlah pembiayaan maksimum adalah sehingga RM100,000 untuk tempoh 7 tahun.
  2. Kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 0.66% sebulan.
  3. Pemohon boleh memperolehi dana walaupun pada hari Ahad.
  4. Mengamalkan konsep Komoditi Murabahah yang berprinsipkan Tawarruq.

Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan?

  1. Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun hingga 65 tahun.
  2. Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 sebulan.
  3. Pemohon hendaklah bekerja dalam sektor awam, swasta atau menjalankan perniagaan sendiri.

Yuran dan Pembayaran Pembiayaan

Yuran Pemprosesan:

  • 4% bagi jumlah pinjaman RM10,000 dan ke bawah.
  • 2% bagi jumlah pinjaman RM10,000 dan ke atas.

(Yuran maksimum adalah sebanyak RM400. Semua cukai yang berkaitan dibayar oleh pemohon (sekiranya ada). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aeoncredit.com.my)

  1. Duti Setem: seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
  2. Yuran Wakalah: RM10.60
  3. Yuran Penyelesaian Awal: Tidak dikenakan kepada peminjam
  4. Caj Bayaran Lewat: Bayaran 1% daripada jumlah tunggakan

Berkuatkuasa 1 Oktober 2018, AEON Credit Service (M) Berhad akan menyemak semula Pembiayaan Kadar Keuntungan peribadi untuk jumlah pembiayaan sebanyak RM1,000 kepada RM100,000 daripada 0.66% – 1.50% sebulan.

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Pembiayaan?

Kakitangan sektor awam dan swasta

  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
  • Penyata KWSP/EPF Terkini yang menyatakan sumbangan 3 bulan terkini untuk pekerja tetap dan 6 bulan terkini untuk gaji secara tunai.
  • Slip Gaji Terkini 3 bulan untuk pekerja tetap dan 6 bulan terkini untuk gaji secara tunai.
  • Penyata Bank Terkini 3 bulan untuk pekerja tetap dan 6 bulan terkini untuk gaji secara tunai untuk pengesahan pendapatan.
  • Buku Akaun Semasa/Penyata Simpanan Terkini.
  • Borang BE Terkini atau Resit Pembayaran Cukai (Pilihan).

Bekerja sendiri/Berniaga

  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
  • Salinan Borang Pendaftaran Perniagaan (ROC & ROB)
  • Penyata Akaun Syarikat 6 Bulan Terkini
  • Penyata Bank Terkini
  • Borang BE/E Terkini dan Resit Pembayaran Cukai

Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan Pembiayaan Peribadi AEON Credit

  1. Jenis Pekerjaan:
    Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pemohon dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pemohon adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.
  1. Tempoh Bekerja:
    Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pemohon. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.
  1. Salah Pilih Bank:
    Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar.

    Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pemohon hendaklah peka terhadap perkara ini sebelum membuat permohonan.
  1. Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
    Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pemohon mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat permohonan pembiayaan dengan  AEON Credit Service Malaysia, pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS pemohon adalah bersih terlebih dahulu.
  1. Skor dan rekod Kredit:
    Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pemohon terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana cara pemohon itu menguruskan kewangannya. Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit.

    Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pemohon. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.
  1. Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
    Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan pemohon. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain. 

    Kesemua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pemohon. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.
  1. Dokumen Tidak Lengkap:
    Dokumen pemohon merupakan perkara paling penting  untuk mengemukakan sebarang bentuk permohonan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pemohon adalah kukuh ataupun tidak.Pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.
  1. Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
    Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank.

    Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon. Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja.

    Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah peka dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak AEON Credit Service Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
  1. Kerap Memohon:
    Jangan terkejut sekiranya pihak Bank tidak meluluskan permohonan akibat terlalu kerap membuat permohonan dalam jangka masa yang berdekatan.

    Lazminya, pemohon hanya boleh memohon tiga permohonan sahaja dalam tempoh 12 bulan. Dalam masa yang sama, skor kredit juga akan terjejas sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam satu-satu masa. Sebaik-baiknya, setiap permohonan baharu perlulah dibuat selepas tempoh 6 bulan daripada permohonan sebelumnya.

Soalan Lazim Mengenai Pembiayaan Peribadi AEON Credit

  1. Bilakah pembayaran pembiayaan untuk setiap bulan.?
    Pembayaran dibuat sebelum atau pada 2 haribulan setiap bulan. Pembayaran selepas tarikh tersebut akan dikenakan caj pembayaran lewat.
  1. Berapa lama sesuatu permohonan diluluskan oleh AEON Credit Service?
    Keputusan permohonan biasanya akan diketahui dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja selepas permohonan diterima berserta dengan dokumen yang lengkap. Keputusan permohonan adalah berdasarkan kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh AEON Credit Service.
  1. Apakah kaedah pembayaran balik pinjaman AEON Credit ini?
    Pihak AEON Credit Service menyediakan pelbagai kaedah pembayaran balik pinjaman iaitu sama ada pembayaran secara tunai dengan mengunjungi cawangan AEON Credit Service, Mesin Deposit Tunai, Pemindahan ATM, Pembayaran Secara Atas Talian, Mesin Deposit Cek, ataupun Pemindahan Antara Bank (GIRO). Peminjam boleh memilih kaedah mana yang paling mudah untuk digunakan.
  1. Sekiranya pemohon mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik, adakah permohonan akan dipertimbangkan?
    Pemohonan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dinasihatkan agar menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan.

    Pemohonan perlu melakukan pembayaran balik mengikut masa yang ditetapkan untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula pembiayaan peribadi.
  1. Adakah terdapat sebarang deposit keselamatan yang perlu dibayar untuk pembiayaan ini?
    Deposit keselamatan tidak diperlukan untuk pembiayaan peribadi AEON Credit.

  2. Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan dana apabila pembiayaan itu telah diluluskan?
    Pemohon dikehendaki menandatangani Perjanjian (Sales and Purchase Agreement) di kaunter AEON Credit dan dana akan dipindahkan/dimasukkan sama ada melalui akaun simpanan atau akaun semasa Bank yang dipilih oleh pelanggan.

    Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk dana disalurkan melalui Kredit AEON Prabayar MasterCard sehingga RM10, 000 dan mengeluarkan dana dari mana-mana Cawangan AEON Credit terdekat dengan menggunakan kemudahan Automated Teller Machine (ATM).

  3. Bagaimana pemohon menyemak baki tunggakan pinjaman?
    Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan ditalian 03-2719-9999 atau layari laman web rasmi AEON Credit melalui pautan berikut Pembiayaan Peribadi AEON Credit.

Cawangan AEON Credit Service Seluruh Malaysia.

NegeriCawangan
JohorAEON Bandar Dato’ Onn, AEON Big Batu Pahat, Batu Pahat, Bukit Indah, Johor Bahru, Kluang, Kulaijaya, Segamat, Tebrau City.
KedahAEON Big Alor Setar (AB), Alor Setar, Sg Petani.
KelantanAeon Mall Kota Bharu, Kota Bharu.
Kuala LumpurAEON Big Danau Kota, AEON BiG Mid Valley,AEON Co. Mid Valley Kiosk, AEON Style Taman Maluri,AU2, Bandar Sri Permaisuri,Menara Olympia,Metro Prima,Setapak,The Sphere, Bangsar South,Wangsa Maju,
MelakaAEON Bandaraya Melaka Kiosk, Bandaraya Melaka.
Negeri SembilanAEON Mall Nilai, Seremban, Seremban 2.
PahangKuantan, Temerloh
PerakAEON Big Ipoh Midtown, AEON Ipoh Klebang, AEON Ipoh Station 18, Perak, Sri Manjung, Taiping.
Pulau PinangAEON Big Prai, Bukit Mertajam, Penang Inderawasih, Queesnbay, Raja Uda.
SabahInanam Taipan, Kota Kinabalu, Sandakan.
SarawakAEON Kuching Central, Kuching iCOM SQUARE, Miri, Sibu
SelangorAEON Big Section 23, AEON Big Subang Jaya, Aeon Mall Shah Alam, Bangi, Banting, Bukit Raja, Bukit Rimau, Bukit Tinggi, IOI Mall, Jalan kapar, Kajang, One utama, Rawang, Shah alam, Sri Gombak, Subang Sunway, Taman Equine.
TerengganuKuala Terengganu