Panduan Bantuan Prihatin Nasional untuk semua warga Malaysia bagi tahun 2020

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 yang lalu.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini akan dibayar secara berperingkat iaitu pembayaran Fasa 1 pada bulan April dan Fasa 2 pada bulan Mei.

Fasa 1 yang akan dibayar bermula 6 April 2020 sehingga 12 April 2020 akan diagihkan khusus untuk penerima dalam kalangan B40.

Manakala, bagi penerima M40, pembayaran akan dibuat bermula 13 April 2020 sehingga 15 April 2020.

Kategori Penerima Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini akan memanfaatkan empat kategori penerima iaitu:-

Kategori 1 (B40): Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah

Kategori 2 (M40): Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah

Kategori 3: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah

Kategori 4: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berapakah Jumlah Bantuan Prihatin Nasional yang akan di agihkan ?

Isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,600. Pada bulan April penerima akan dibayar sebanyak RM1,000 dan selebihnya iaitu sebanyak RM600 akan dibayar pada bulan Mei.

Isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000. Pada bulan April penerima akan dibayar sebanyak RM500 dan selebihnya iaitu RM500 akan dibayar pada bulan Mei.

Individu bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan akan menerima bantuan sebanyak RM800. Pada bulan April penerima akan dibayar sebanyak RM500, dan selebihnya iaitu RM300 akan dibayar pada bulan Mei.

Individu bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas sebulan pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 iaitu dibayar sebanyak RM250 pada bulan April, dan RM250 dibayar pada bulan Mei.

Bantuan secara ONE-OFF akan diberikan kepada para pelajar sebanyak RM200 dan akan dibayar pada bulan Mei

Kategori &Pendapatan BulananJumlah Bantuan Prihatin Nasional (BPN)Tempoh PembayaranPenerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharuPenerima Bayaran Bantuan
Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah  RM1,600  April:RM1,000 Mei:RM600Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH
Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000  RM1,000  April:RM500 Mei:RM500Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNMSecara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM
Bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah  RM800  April:RM500 Mei:RM300Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH
Bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000  RM500  April:RM250 Mei:RM250Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNMSecara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM

Semakan status Bantuan Prihatin Nasional (bpn)

  • Semakan status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat melalui pautan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berikut: https://bpn.hasil.gov.my/

Siapakah yang Layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah seperti berikut:

Kategori 1 Isi rumah (B40)

  • Telah berkahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang telah melaporkan maklumat anak semasa membuat permohonan Bantuan Sara Hidup 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah sebanyak RM4,000 dan ke bawah sebulan

Kategori 2 Isi rumah (M40)

  • Telah berkahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Kategori 3 Bujang (B40)

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan Bantuan Sara Hidup 2020; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori 4 Bujang (M40)

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasioanal

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasionak (BPN) adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut;

  • Sekiranya terdapat maklumat akaun bank, maka pembayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun penerima, ATAU
  • Sekiranya status gagak kredit, maka bayaran akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), ATAU
  • Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, maka bayaran akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut;

  • Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang telah dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir