Pembiayaan Peribadi melalui MBSB PF-I untuk kakitangan sepenuh masa sektor swasta dan individu yang bekerja sendiri sehingga tempoh 10 tahun. Pembiayaan Islamik dengan kadar faedah yang rendah dan tidak bercagar serta tanpa penjamin.
Kelebihan yang ada pada Pakej Pembiayaan Peribadi MBSB swasta
- Jumlah pembiayaan maksimum mencecah sehingga RM300,000
- .Kadar faedah 4.10% setahun dan berubah sebanyak 0.34% sebulan.
- Tempoh kelulusan mengambil masa 24 jam atau 1 hari bekerja.
SPESIFIKASI PRODUK
Minimum Jumlah Pembiayaan
RM3,000
Maksimum Jumlah Pembiayaan
RM300,000
Minimum Tempoh Pinjaman
2 tahun
Maksimum. Tempoh Pinjaman
10 tahun
Islam/Konvensional
Islamik
Kadar Faedah
4.10% setahun
Tempoh Kelulusan
24 jam
Penyatuan Hutang
Pinjaman Bertindih
YURAN DAN CAJ
Yuran Pengurusan (sekali sahaja)
Yuran Pemprosesan
Tiada
Duti Setem
Tiada
Yuran Pembayaran dan Yuran Pelbagai
- Yuran Pengendalian sebanyak RM34.00
- Yuran IBG RM4.00
- Banca Takaful (Produk Gabungan) RM600.00
- Yuran tidak termasuk 6% GST
PENALTI
Yuran Penyelesaian Awal
Tiada
Caj Bayaran Lewat
- 1% setahun daripada jumlah tunggakan sebelum tempoh matang.
- Tertakluk kepada kadar semasa yang ditetapkan oleh MBSB selepas tempoh matang.
KELAYAKAN
Syarat Umur
21 – 60 tahun
Kelayakan Pekerjaan
Kakitangan sepenuh masa bagi sektor swasta atau bekerja sendiri dengan mempunyai pendapatan bulanan.
Antara syarikat-syarikat swasta yang dikira layak untuk dipertimbangkan:
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
- Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SGLC)
- Perbadanan Multinasional
- Sektor Pendidikan
- Anak syarikat yang diluluskan oleh MBSB
- Syarikat Senaraian Awam
- Kakitangan Profesional yang bekerja dalam Organisasi Sektor Swasta (Sijil/Lesen)
- Golongan Profesional yang mempunyai pendapatan dan Sijil/Lesen yang sah (Perniagaan/firma hendaklah telah beroperasi selama 2 tahun minimum)
Min. Keperluan Gaji
RM3,500 (gaji kasar)
Penjamin/Keperluan Cagaran
Tidak diperlukan
KEPERLUAN LAIN
Adakah perlu membuka akaun bank bersambung?
Tidak
Adakah perlu membeli Produk Takaful?
Tidak
PERSOALAN DAN PERTANYAAN MENGENAI PAKEJ PEMBIAYAAN MBSB PF-i SEKTOR SWASTA
Berapakah jumlah maksimum yang boleh dipinjam oleh pemohon?
Jumlah maksimum yang boleh dipinjam oleh pemohon adalah sebanyak RM300,000 sehingga tempoh maksimum 10 tahun.
Apakah syarat-syarat utama yang perlu diketahui oleh pemohon sebelum memohon pinjaman?
- Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 60 tahun ketika memohon pembiayaan.
- Pemohon hendaklah terdiri daripada kakitangan syarikat swasta yang bekerja sepenuh masa di syarikat berkenaan.
- Pemohon hendaklah mempunyai gaji kasar sebanyak RM3,500 sebulan.
- Pemohon yang mempunyai firma perniagaan sendiri hendaklah mempunyai pendapatan RM5,000 sebulan untuk layak dipertimbangkan.
Berapakah nilai kos yang terlibat dan bagaimana pemohon akan dicaj?
Yuran Pengurusan:
Yuran pengurusan tidak diperlukan untuk pakej pembiayaan ini.
Bayaran berulang:
- Kaedah pembayaran balik pembiayaan merangkumi jumlah pinjaman dan caj faedah yang dikenakan melalui kaunter, melalui pembayaran debit terus atau PDC (cek tunda).
- Kadar faedah yang dikenakan oleh MBSB kepada peminjam adalah berubah-ubah sebanyak 6.85% melalui Kadar Dana Efektif Islamik (KDE-i) dan kadar faedah biasa 4.10% setahun dan kadar faedah 0.34% setiap bulan.
Penalti:
- Caj bayaran lewat/Ta’widh yang akan dikenakan adalah sebanyak 1% setahun daripada jumlah tunggakan sebelum tempoh matang.
- Caj bayaran lewat/Ta’widh tertakluk kepada kadar semasa yang ditetapkan oleh MBSB yang bersamaan dengan Kadar Pasaran Wang Islam Antara Bank (IIMM) selepas tempoh matang.
Adakah terdapat deposit keselamatan yang perlu dibayar untuk kelulusan pinjaman?
Deposit keselamatan tidak diperlukan untuk pakej pembiayaan ini.
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan dana apabila pembiayaan itu telah diluluskan?
Pemohon hendaklah menandatangani perjanjian Sales and Purchase agreement di kaunter MBSB sendiri dan selepas itu dana akan dipindahkan ke akaun pemohon.
Bilakah pembayaran untuk pembiayaan?
Pembayaran pinjaman hendaklah dilaksanakan setiap bulan. Pembayaran lewat akan dikenakan caj bayaran lewat atau Ta’widh.
Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan dan apakah dokumen yang perlu disertakan semasa memohon?
Tempoh pemprosesan biasanya mengambil masa 24 jam atau 1 hari bekerja sebelum kelulusan permohonan.
Dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon pinjaman adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini
- Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Majikan
- Borang BE/EA
- Penyata KWSP terkini
- Nombor Perhubungan Kecemasan saudara/kawan yang tidak tinggal bersama denganpemohon pinjaman
- Surat penebusan bagi Pinjaman Bertindih
Sekiranya pemohon mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik, adakah permohonan akan dipertimbangkan?
Pemohonan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dinasihatkan agar menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan.
Pemohonan perlu melakukan pembayaran balik mengikut masa yang ditetapkan untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula pembiayaan peribadi.
Apakah nombor perhubungan yang boleh dihubungi sekiranya pemohon memerlukan bantuan peribadi?
Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan MBSB ditalian 03 – 2096 3000.
Bagaimana pemohon menyemak baki tunggakan pinjaman?
Pelanggan boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan MBSB ditalian 03 – 2096 3000 atau layari www.mbsb.com.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman.