Masyarakat Malaysia secara puratanya sudah mengetahui betapa pentingnya KWSP sebagai simpanan di masa hadapan, terutama sekali kepada yang berkerja dan mempunyai caruman KWSP serta individu yang telahpun bersara.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang masih kurang arif berkenaan dengan kelebihan dan sumbangan KWSP itu sendiri dalam hidup mereka pada masa hadapan.
Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan merungkai lebih dalam berkenaan dengan kelebihan dan sumbangan KWSP bagi yang masih bekerja mahupun individu yang sudah melewati tempoh pekerjaan.
Apakah KWSP?
Jika ditanya dengan soalan seperti ini pasti masih ada individu yang tidak dapat menerangkan dengan baik berkaitan dengan institusi ini.
KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan dibawah Undang-undang Malaysia.
KWSP dikawal dan diselia oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). Ianya turut membei faedah persaraan kepada ahli KWSP berdasarkan kepada pengurusan simpanan secara cekap.
Sistem yang ada pada KWSP adalah sangat efisien dalam memastikan majikan melaksanakan tanggungjawab mencarum bagi pihak pekerja mereka. Pekerja daripada sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam adalah ahli yang layak untuk mencarum dalam KWSP.
Adakah simpanan persaraan anda mencukupi?
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) Malaysia dikatakan mempunyai purata jangka hayat sihat sehingga 66 tahun sahaja.
Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2007 itu, penduduk Malaysia dijangka akan menjadi wagranegara emas yang lemah serta berpenyakit tempoh 8 hingga ke 10 tahun terakhir sebelum meninggal dunia.
Bagi individu yang akan bersara tidak lama lagi dan pastinya pekerja yang akan bersara setelah tamat tempoh pekerjaan, sekiranya anda ditanya dengan soalan seperti ini,
Bagaimanakah jawapan anda?
Dibawah perlindungan KWSP, kini anda tidak perlu risau kerana mulai tahun 2007 pihak KWSP telah mengambil inisiatif yang baik untuk menambahkan simpanan ahlinya. Skim KWSP telah ditambahbaik iaitu:
Meningkatkan peratusan simpanan persaraan Akaun 1 daripada 60% kepada 70%.
Pengeluaran semasa ahli mencapai umur 55 tahun yang lebih fleksibel. Ahli boleh memilih kaedah pengeluaran iaitu sekaligus, bulanan, sebahagian, ataupun secara kombinasi.
Tempoh tanggungan mencarum dilanjutkan daripada umur 55 tahun kepada 75 tahun sekiranya ahli masih bekerja.
Antara faktor yang mempengaruhi simpanan ahli adalah seperti berikut:
Tahap kesihatan dan jangka hayat
Tanggungan keluarga dan kos sara hidup
Umur persaraan ahli
Cara merancang kewangan sebelum bersara dan rancangan penggunaan selepas bersara. Berdasarkan fakta, 69% daripada pesara menghabiskan simpanan KWSP hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.
lAntara tip yang boleh membantu anda meningkatkan simpanan persaraan anda adalah seperti:
Mempelbagaikan sumber persaraan
Mulai menyimpan lebih awal
Rancang keperluan jangka panjang
Penjagaan kesihatan
Melabur dengan bijak.
Lazimnya, simpanan KWSP sahaja sememangnya tidak mencukupi untuk membiayai kos sara hidup yang semakin meningkat ini. Hal ini disebabkan jangka hayat yang panjang, gaji rendah, dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat. Oleh kerana itu, pekerja hendaklah mengurus kewangan