Pelajar yang telah mengemukakan permohonan Kemasukan bagi Program Matrikulasi sesii 2017/2018 boleh membuat semakan melalui atas talian dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Cara Semakan Keputusan Tawaran adalah seperti berikut:
Semakan Atas Talian
Berdasarkan kepada analisis pengumuman keputusan tawaran tahun sebelumnya, umumnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan keputusan dan boleh disemak pada minggu kedua bulan April.
Tarikh untuk semakan secara rasmi akan dikemaskini kelak.
Oleh itu, sistem aplikasi Tawaran Kolej Matrikulasi akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Semakan keputusan melalui MySMS dijangka akan diaktifkan pada 14 April 2017 bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 28 April 2017 jam 11.59 malam.
Cara membuat semakan melalui perkhidmatan MySMS adalah seperti berikut:
Taipkan: MOE<jarak>MAT<jarak>(Nombor Kad Pengenalan)
Contohnya: MOE MAT 950708126547