BSN MyRinggit-I PRIMA merupakan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada kakitangan yang bekerja dalam bidang perubatan. Pinjaman peribadi Islamik ini patuh Syariah sepenuhnya berdasarkan kepada konsep Tawarruq daripada kontrak Bai Murabahah dan Wakalah.
Selain itu, pinjaman peribadi yang ditawarkan ini merupakan pinjaman tanpa perlu penjamin dengan menawarkan jumlah pembiayaan bermula RM10,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang Panjang iaitu bermula 2 tahun hingga 10 tahun.
Umur | 21 Tahun dan ke atas |
Gaji | RM 3,000 Sebulan |
Jumlah Pembiayaan | RM 10,000 – RM 200,000 |
Kadar Faedah | 6.50% Setahun |
Tempoh Pembiayaan | 2 tahun (24 bulan) – 10 tahun (120 bulan) |
Cagaran | Tanpa Penjamin |
Status | Warganegara Malaysia |
Kelebihan Yang Ada Pada Pakej BSN MyRinggit-I PRIMA
- Jumlah pembiayaan maksimum yang ditawarkan adalah sehingga RM200,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
- Kadar keuntungan serendah 6.50% setahun.
- Jaminan perlindungan Takaful kepada peminjam.
- Tidak perlu penjamin atau sebarang cagaran.
- Mengamalkan konsep Syariah Tawarruq yang terdiri daripada Bai Murabahah dan konsep Wakalah.
Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan
- Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun hingga 65 tahun bagi Doktor Perubatan dan 50 tahun bagi Pegawai Perubatan.
- Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan kasar minimum sebanyak RM3,000 sebulan.
- Pemohon hendaklah merupakan pemegang akaun BSN GIRO/i.
Yuran dan Pembayaran Pembiayaan
- Yuran pemprosesan: Tidak dikenakan kepada peminjam
- Caj duti setem: 0.5% daripada jumlah pinjaman seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
- Fi Wakalah: Bayaran sebanyak RM30 dikenakan kepada peminjam
- Caj Kelewatan pembayaran: Bayaran 1% daripada jumlah tunggakan pinjaman.
- Pembiayaan tanpa Takaful: Tambahan 1% ke atas kadar keuntungan.
- Sumbangan Perlindungan Takaful (Pilihan): Berubah berdasarkan umur, tempoh dan jumlah pembiayaan.
- Bayaran Pendahuluan: Maksimum bersamaan dua (2) bulan ansuran bulanan.
Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Pembiayaan
- Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
- Salinan Sijil yang dikeluarkan oleh Malaysian Medical Council;-
Perakuan Pendaftaran Sementara (Borang 5-Peraturan 20, Akta Perubatan 1974); atau
Perakuan Amalan Tahunan (Borang 12-Seksyen 20, Akta Perubatan 1974) - Pendaftaran Perniagaan yang disahkan;
Penyata Bank bagi tiga (3) bulan terakhir (sama ada atas nama Klinik atau bukti Pendapatan berhubungkait amalan perubatan).
dokumen pengesahan sebagai Doktor Pakar atau Surat Pengesahan daripada Majikan/Doktor yang Menyelia.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan BSN MyRinggit-I PRIMA
- Jenis Pekerjaan:
Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pemohon dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pemohon adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.
- Tempoh Bekerja:
Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pemohon. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.
- Salah Pilih Bank:
Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar. Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pemohon hendaklah peka terhadap perkara ini sebelum membuat permohonan.
- Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pemohon mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat permohonan pembiayaan dengan Bank Simpanan Malaysia (BSN), pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS pemohon adalah bersih terlebih dahulu.
- Skor dan rekod Kredit:
Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pemohon terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana cara pemohon itu menguruskan kewangannya. Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit. Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pemohon. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.
- Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan pemohon. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain. Kesemua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pemohon. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.
- Dokumen Tidak Lengkap:
Dokumen pemohon merupakan perkara paling penting untuk mengemukakan sebarang bentuk permohonan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pemohon adalah kukuh ataupun tidak.Pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.
- Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank. Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon. Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja.
Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah mengambil perhatian dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
- Kerap Memohon:
Jangan terkejut sekiranya pihak Bank tidak meluluskan permohonan akibat terlalu kerap membuat permohonan dalam jangka masa yang berdekatan. Lazminya, pemohon hanya boleh memohon tiga permohonan sahaja dalam tempoh 12 bulan. Dalam masa yang sama, skor kredit juga akan terjejas sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam satu-satu masa. Sebaik-baiknya, setiap permohonan baharu perlulah dibuat selepas tempoh 6 bulan daripada permohonan sebelumnya.
Soalan Lazim Mengenai BSN MyRinggit-I PRIMA
- Apakah kaedah bayaran balik ansuran pembiayaan BSN MyRinggit-I PRIMA?
Kaedah pembayaran balik pembiayaan ini adalah melalui Arahan Tetap Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Berapa lama tempoh masa yang diperlukan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu permohonan dan pengkreditan duit ke dalam akaun pemohon?
Keputusan permohonan lazimnya akan diketahui dalam masa 1 hingga 2 hari bekerja selepas permohonan berjaya diterima, dan jangkamasa untuk kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembiayaan yang lulus pula lazimnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam hingga 48 jam untuk dikreditkan ke dalam akaun pemohon.
- Bolehkah pemohon memohon pinjaman BSN MyRinggit-I PRIMA jika pemohon baru sahaja lulus pinjaman daripada bank lain?
Pemohon dinasihatkan untuk menunggu tempoh bertenang iaitu antara empat (4) hingga enam (6) bulan sebelum membuat permohonan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i PRIMA. Pemohon dinasihatkan untuk memohon hanya 3 akaun kredit sahaja dalam masa 12 bulan untuk menjaga skor kredit.
- Jika potongan gaji pemohon adalah melebihi 60%, bolehkah pemohon memohon pinjaman peribadi ini?
Sekiranya potongan gaji pemohon adalah melebihi 60%, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menilai rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) pemohon sama ada bersih ataupun tidak. Sekiranya nisbah khidmat hutang pemohon bersih, pemohon boleh mencuba untuk memohon pinjaman BSN MyRinggit-I PRIMA ini.
- Adakah penyatuan hutang dibenarkan untuk pembiayaan ini?
Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat penyatuan hutang dengan BSN MyRinggit-I PRIMA.
- Bagaimana pemohon mengetahui permohonan diluluskan atau tidak?
Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memaklumkan pemohon sekiranya permohonan lulus sama ada melalui SMS, E-mel, atau panggilan telefon. Sebarang kemuskyilan, pemohon boleh menghubungi pihak Bank Simpanan Nasional.
- Sekiranya pemohon mempunyai rekod tunggakan CCRIS/Blaklist CTOS, bolehkah pelanggan memohon pinjaman ini?
Pemohonan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dinasihatkan agar menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan. Pemohonan perlu melakukan pembayaran balik mengikut masa yang ditetapkan untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula pembiayaan peribadi.
- Bolehkah pemohon membuat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) melalui pinjaman ini?
Pemohon dinasihatkan terus untuk berhubung dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk permohonan pinjaman bertindih. - Adakah pemohon yang berada dibawah seliaan Program Pengurusan Kredit (AKPK) boleh memohon pembiayaan ini?
Pemohon yang sedang mengikuti Program AKPK tidak layak untuk memohon. - Apakah Nombor Perhubungan Yang Boleh Dihubungi Sekiranya Pemohon Memerlukan Bantuan Peribadi dan untuk semakan baki tunggakan pinjaman?
Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN ditalian 1300-88-1900 atau membuat semakan melalui Perbankan Internet myBSN.
Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda sekarang:-