Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) yang sebelum ini diberikan oleh kerajaan sebagai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi telah ditukar kepada Kad Debit 1 Malaysia (KADS1M) bagi memperkasakan lagi bantuan pendidikan dan memudahkan pelajar.
Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) ini telah diperkenalkan mulai bulan Februari tahun 2017 berlandaskan kepada bajet 2017 dengan nilai yang masih sama iaitu RM250.
Kelayakan dan cara-cara memohon KADS1M:
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang terdiri daripada warganegara Malaysia.
- Pelajar yang layak hendaklah membuat permohonan melalui pautan berikut:
http://www.bankrakyat.com.my/bppt - Sebelum mengambil KADS1M di Bank Rakyat, pelajar hendaklah menunggu e-mail daripada pihak Bank Rakyat terlebih dahulu setelah membuat permohonan.
Cara-cara Penggunaan KADS1M:
- Cara penggunaan Kad Debit pelajar ini adalah sama dengan kad debit biasa tetapi dihadkan kepada nilai RM250 sahaja.
- Kad Debit Pelajar ini boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih.
- Pembelian hanya dihadkan kepada alat tulis, buku, peralatan computer, dan untuk mengakses internet sahaja. Kad Debit Pelajar tidak boleh digunakan untuk membeli keperluan lain.