Semakan Keputusan dan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017

Semakan keputusan permohonan dan status permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini boleh disemak secara atas talian sama ada permohonan berjaya atau tidak. Proses verifikasi daripada beberapa agensi yang terlibat berkenaan dengan permohonan akan mengambil sedikit masa.

Semakan status dan kemaskini permohonan boleh dibuat mulai 22 Februari 2017.

Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan beberapa agensi yang terlibat dalam proses verifikasi untuk menyemak permohonan pemohon.

Agensi-agensi yang terlibat dalam proses verifikasi
  1. Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Angkatan Tentera Malaysia
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam
  5. Lembaga Hasil Dalam Negeri
  6. Polis Diraja Malaysia
  7. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  8. Kumpulan Wang Amanah Pencen
  9. Jabatan Pengangkutan Jalan
  10. Kementerian Pendidikan Tinggi
  11. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Semakan Status Permohonan BR1M 2017
Sila klik pautan berikut untuk proses semakan BR1M 2017:

Sistem Aplikasi Semakan Status Kelulusan Permohonan BR1M 2017

Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan

Klik pada butang ‘Semakan Status Permohonan’

Beberapa soalan keselamatan perlu dijawab terlebih dahulu sebelum berjaya masuk ke dalam sistem sepenuhnya.

Soalan Keselamatan
  1. Pemohon diwajibkan menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke dalam sistem aplikasi semakan dan proses kemaskini.
  2. Soalan keselamatan dan jawapan keselamatan adalah berdasarkan kepada maklumat pemohon yang diisi semasa mengemukakan permohonan atau kemaskini terkini.
  3. Setiap soalan dibenarkan 3 kali percubaan sahaja untuk menjawab. Oleh itu, pemohon diingatkan agar memilih 2 soalan keselamatan yang boleh diingati dengan mudah untuk mengelakkan sebarang masalah untuk mengakses sistem. Sekiranya pemohon tidak yakin dengan jawapan bagi soalan yang diberikan sila klik butang ‘Tukar Soalan’.
  4. Jika pemohon tidak berjaya menjawab soalan 3 kali dengan betul, paparan berikut akan keluar:
INFO PENTING : Jika Semakan Secara Dalam Talian Gagal. Sila Rujuk ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Info Penerangan Status Semakan Permohonan

 Status Penerangan
Diterima Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar
Dalam Proses Permohonan Anda Dalam Proses Semakan dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
Lulus Permohonan Telah Diluluskan/Berjaya
Tidak Lulus Permohonan Tidak Diluluskan/Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak berjaya Surat maklum Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja
Maklumat Lanjut 
  • Sekiranya pemohon menghadapi sebarang masalah seperti tidak dapat mengakses sistem dan membuat semakan secara atas talian, sila rujuk ke Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
  • Pemohon juga dikehendaki membawa bersama salinan Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  • Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan bermula minggu kedua bulan Februari 2017.
  • Untuk Permohonan yang berjaya diluluskan, bayaran akan dimasukkan secara berperingkat. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian bebas tol berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : 1800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03-8882 4565/4566

Emel : br1m@treasury.gov.my

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini memberi sedikit sebanyak panduan terutama sekali kepada pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017.