Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) kini boleh dipohon secara atas talian berdasarkan kepada kelayakan individu yang memohon. Permohonan PR1MA tidak mengenakan apa-apa yuran pendaftaran atau sebarang bayaran kepada pemohon. Permohonan PR1MA juga boleh dipohon bila-bila masa sahaja kerana setakat ini belum ada tarikh tutup permohonan PR1MA. Walau bagaimanapun, permohonan ini adalah tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA.
Maklumat Ringkas Berkenaan Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) |
|
Syarat dan Kriteria Permohonan
|
Cara Mengemukakan Permohonan PR1MA |
Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna menerusi pautan berikut:
Sila Klik Pautan: Mendaftar sebagai pengguna PR1MA Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan bagi tujuan mengakses sistem aplikasi permohonan. Setelah mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan, pemohon kini boleh mengakses Borang Permohonan Secara Atas Talian. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan dengan lengkap serta memuat naik dokumen yang diperlukan. |
Keputusan Permohonan PR1MA |
Keputusan permohonan adalah dalam bentuk cabutan undi. Keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan berikut:
Sila klik pautan: Laman web PR1MA |
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui emel atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS). |
Setelah proses pengesahan selesai, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan emel untuk memilih unit kediaman. |
Pemilihan rumah kediaman adalah tertakluk kepada garis panduan tambahan mengikut negeri. |
Kediaman PR1MA akan melalui proses pengundian secara terbuka dan pemilihan rumah kediaman yang terpilih juga mengikut turutan cabutan undian. |
Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan iaitu rumah kediaman tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak lain. Rumah PR1MA wajib didiami pemilik. |
Maklumat Berkaitan PR1MA |
Persoalan yang Sering Ditanya beserta jawapan (FAQ)
Klik pautan berikut: Persoalan mengenai PR1MA Sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, layari Facebook PR1MA Klik pautan berikut: Facebook PR1MA |
Semoga setiap maklumat yang disampaikan dalam halaman ini memberi panduan berguna kepada semua.