Permohonan dan Syarat Kelayakan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2017

Program Penajaan (Biasiswa) Jabatan Perkhidmatan Awam kini boleh dipohon oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang (9A). Pelajar yang berjaya ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awm (JPA) akan ditaja sehingga ke peringkat ijazah pertama dalam jurusan bidang yang ditetapkan di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Syarat Penajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Syarat Umum

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibubapa atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau sedang dalam tindakan undang-undang Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Calon tidak menerima apa-apa bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama
  • Calon bagi bidang Perubatan, Pergigian, dan Farmasi haruslah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus

  • Calon berjaya memperolehi A+ sekurang-kurangnya Sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).
  • Calon hendaklah belum mencapai umur 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diduduki.
  • Calon hendaklah belum mencapai umur 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diduduki.
  • Calon telah berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian tersebut sebelum atau pada 31 Disember 2017 di Universiti yang telah ditetapkan.
  • Sekiranya pelajar ditawarkan lebih daripada satu program penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pelajar layak untuk memilih satu program penajaan sahaja dan tawaran lain oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang lain secara automatik akan terbatal.
Tarikh Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2017

Tarikh Permohonan Dibuka: 3 April 2017 jam 3.00 Petang

Tarikh Permohonan Ditutup: 22 Mei 2017 jam 5.00 Petang

Tarikh permohonan dibuka dan tarikh permohonan ditutup adalah rasmi. Oleh itu, pelajar yang ingin membuat permohonan hendaklah mengemukakan permohonan dalam tempoh tarikh seperti yang tertera diatas.

Cara Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam
1.Pelajar yang ingin memohon biasiswa penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah mengisi eprofiling secara atas talian di pautan berikut:

Sila klik pautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my

2.Pelajar hendaklah memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran pengajian daripada institusi pengajian pada peringkat persediaan sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 22 Mei 2017 pada jam 5.00 petang.
3.Setelah pelajar selesai melengkapkan permohonan, pelajar hendaklah menghantar salinan dokumen (dalam bentuk soft copy) kepada alamat emel berikut:

Alamat emel penghantaran salinan dokumen: penawaranlsp@jpa.gov.my

Surat tawaran Jabatan Perkhdmatan Awam akan dikeluarkan selepas salinan dokumen diterima secara lengkap oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

4.Senarai salinan dokumen yang perlu dihantar dalam bentuk soft copy adalah seperti berikut:

  • Slip Pengesahan Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Surat Tawaran Institusi Pengajian
5.Calon dibenarkan mendaftar dan mengemaskini maklumat sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya kemaskini terkini sahaja yang akan disimpan sebagai rekod data.
6.Sebarang kesulitan semasa mengemukakan permohonan atau pertanyaan, sila hubungi talian berikut:

Talian perhubungan: 03-8885 3049 (5 talian)

Jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang (hari bekerja sahaja)

Tarikh Semakan Tawaran Penajaan

Tarikh Semakan: 2 Jun 2017 (isnin) jam 5.00 petang

Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

Senarai Program Persediaan Yang Ditawarkan
  1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  2. Matrikulasi
  3. Asasi Universiti Awam (UA)
  4. Foundation IPTS

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk maklumat yang lebih lanjut dan terkini menerusi pautan berikut:

Klik pautan: http://www.jpa.gpv.my

Semoga setiap maklumat yang disampaikan menerusi halaman ini memberi manfaat kepada pelajar yang ingin mengemukakan permohonan penajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semoga berjaya.