Pelbagai variasi kereta yang terdapat dipasaran pada masa kini, persoalannya kereta apa yang patut anda beli dan apa aspek yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kereta?
Sudah tentu anda mahu membuat pilihan yang tepat dan tidak mahu menyesal dikemudian hari. Mungkin anda suda ada sebuah gambaran mengenai kereta apa yang anda idamkan, tetapi apakah kereta itu bersesuaian dengan keperluan anda atau hanyalah kehendak sahaja.
Tidak dapat disangkal lagi kereta adalah antara keperluan utama bagi kita untuk bergerak. Contohnya, untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.
Walaubagaimanapun, sudah tentu tidak salah untuk membeli kereta mengikut kehendak anda, tetapi anda juga perlu mempertimbangkan komitmen pada masa hadapan selepas membeli kereta yang anda inginkan.
Bagi menjawab persoalan anda, berikut antara perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli sebuah kereta
Tahap kewangan anda
Beli kereta berdasarkan tahap kewangan anda, kesilapan yang sering dilakukan oleh segelintir masyarakat adalah membeli kereta di luar tahap kemampuan kewangan sendiri. Apa yang akan terjadi jika anda membeli kereta diluar kemampuan kewangan anda?
Ini akan menyusahkan anda pada masa hadapan dengan komitmen yang sangat tinggi untuk membayar ansuran, penyelanggaraan kereta, takaful kenderaan dan cukai jalan tidak termasuk lagi bayaran yang lain.
Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai tahap kewangan yang rendah. Sudah tentu anda tidak mahu menerima tekanan kewangan pada masa hadapan.
Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak dengan mempertimbangkan dahulu dengan mengukur tahap kewangan anda dengan kereta yang anda ingin beli.
Jika anda mempunyai tahap kewangan yang sederhana anda boleh mempertimbangkan untuk membeli kereta yang sederhana. Contohnya, yang bersesuaian dengan pendapatan bulanan anda.
Jenis kereta
Masalah kewangan telah selesai, kini jenis kereta apa yang perlu anda beli? Sebelum anda memilih jenis kereta anda, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek, minat anda kepada jenis kereta, jika anda seorang minat dengan kereta yang bersaiz kecil maka anda boleh mempertimbangkan untuk membeli kereta seperti, axia atau pun myvi.
Seterusnya, anda perlu menentukan jenis kereta yang anda inginkan, sama ada manual ataupun automatik,mengikut keselesaan anda.
Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan spesifikasi yang anda inginkan pada kereta anda, seperti bentuk kereta, warna,penggunaan minyak kereta tersebut, kelebihan dan kekurangan jenis kereta yang anda inginkan.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada sauda mara anda atau kawan-kawan yang mempunyai kereta berdasarkan pengalaman mereka, bagi memudahkan lagi anda dalam memilih jenis kereta yang tepat.
Setelah mengetahui semua ini, anda boleh membuat tinjauan terhadap kereta yang anda inginkan dan memastikan semua kriteria dalah bersesuaian dan megikut keinginan dan keselesaan anda.
Anda akan menggunakan kereta anda bagi satu jangka masa yang lama,oleh itu sudah tentu anda menginginkan kereta yang selesa dan mengikut kemahuan anda. Jadi, pilihlah jenis kereta anda dengan bijak.
Kesimpulannya, sebelum membeli kereta anda, anda hendaklah mempertimbangkan perkara utama berkaitan kereta anda dahulu, dan membelilah mengikut keperluan dan keselesaan anda mengikut kemampuan diri, bagi mengelakkan masalah seperti kerugian pada masa hadapan.